THIS STORY ABOUT ME AND HIM! ALL ABOUT OUR LIFE!!

Thursday, November 8, 2012

last result !

assalammualaikum.. topic kali ini ialah last result which is means last result for my diploma! now saya tengah tunggu masa untuk praktikal.. praktikal hanya tentukan sama ada saya layak atau tidak nak dapat diploma dan result ini la akan tentukan sama ada saya boleh capai target atau tidak.. kalau nak kejar ANC memang tak dapat la der... 1 sem je dapat dekan =( so hope 1st class je la... genap sahaja pukul 12 tengah malam, malam ini, result akan dihantar ke email dan genap sahaja pukul 9 pagi esok, result boleh disemak di student portal.. seriously, saya tak ready lagi nak tahu final result sebab terlalu banyak kesalahan yang saya tak boleh nak perbetulkan semula.. arghhhh risau risau!!! mungkin ada orang cakap bende dah lepas tu lepas je la... terima je la balasannya~ bende yang lepas tu la yang saya akan kenang sebab bende sangat mempengaruhi masa hadapan saya... dengan result tu la nak tentukan sama ada saya patut sambung belajar atau keje saje... terlalu banyak bende yang bermain dalam kepale otak ni... dengan orang taman yang dok sebok tanye bile nak kahwen... wei tolong la paham.. ramai betol tukang cari jodoh kat taman ni... bila korang umur dah masuk 20 je tapi tak kahwen" lagi mula la semua pakat nak jodohkan dengan anak sape" entah... tension aku... arghhh!!

#moodmelampaulampau!!


Monday, October 22, 2012

erkk~

hurmmm.. hati mula kembali menjadi berbelah bagi sama ada untuk meneruskan perhubungan ini ataupun tidakk.. di saat aku mula memberi kepercayaan kepadamu semula, disaat itu la dikau mula membuat onar.. salahkah diri ini...? apa lagi kekurangan diri ini..? segala perbuatan ku dikau pertikaikan tetapi mengapa dikau sukar untuk menerima teguran ku? perhubungan kita ini sebenarnya di ibaratkan bagai retak menanti belah.. memang benar diri ini sukar untuk membencimu apatah lagi melepaskan dikau tapi bukan ini balasan yang harus dikau berikan... rakan-rakan ku pernah berkata, mungkin disebabkan yang dikau mula sedari bahawa diri ini tidak akan pernah selingkuh apatah lagi meninggalkan mu dan itu membuatkan dirimu berani melakukan ini semua.. fahami la... andai dikau bukan jodohku, Allah pasti akan melakukan segala cara yang ada untuk memisahkan kita, dan jika benar dikau jodohku, aku memohon andai Allah membuka pintu hatimu...
hanya itu pintaku~ biarlah masa yang menentukan segalanya...
jangan kurung daku di penjara hatimu semata-mata untuk memepertahankan egomu..
 
#maaf sebab agak emosi dalam post ini..
assalammualaikum~
 


Friday, October 19, 2012

summary semester 5 !

assalammualaikum rakan" Sha ! kalau bukan rakan ? erkkkk ~ salam untuk semua la... like u can see from the topic that i would like to share is summary of semester 5 life.. hahaha~ lintang pukang grammar Sha, balun la... nak kene practice ni sebab nak ambil MUET.. ngeee~
first week start sems:
ahli kelas yang makin berkurang (bawah 20 orang).. tak terkejut pun sebenarnye selepas apa yang berlaku pada semester" yang lepas.. the best part is bile ahli yang tinggal tu sangat" la sporting.. like usually, mesti la ada 'bad attitude/person/s' in class... tak nak refer kat sape" but mungkin ahli kelas Sha akan paham la sape orang" tu...
bad memories:
bile pembahagian kumpulan je Sha ngan Aza akan same group dengan orang" tu.. dia marah Sha sebab Sha report ngan lecturer yang dia tak buat kerja.. dia cakap Sha yang tak nak bagi dia kerja.. EXCUSE ME ! bile Sha ngan Aza nak buat perbincangan group untuk assignment or anything that related to our group, waktu tu la ada konvoi...! tell me which weekend or day that you both don't have any plan... bile mintak maklumat, nanti la kitorang bagi... please la ! dah sems 5 pun tak kan nak buat kerja last minute!! tak pernah nak tanya or ambik tahu ke apa yang dah jadi kat semua assgnment yang kitorg buat.. ada bayar duit print or photostat ke untuk semua assignment which is more than 3 digit okay! memang kitorang print or photostat tu pakai air liur je... untuk maklumat, kitorang dapat duit belanja RM100 only from 1 month but u guys?? first person ni dapat RM200 untuk 2 minggu and another person every weekend dapat RM50.. so?? sape kaya??? Sha paling tak suka kalau orang dah mula berkire harta dengan kawan so macam ni la jadinya.. for sure that Sha akan berkire semua bende yang Sha dah buat kat orang" tu.. its up to reader's or them nak cakap Sha apa" because I DON'T CARE anymore.. cakap tak ada duit tapi everyday and time makan kat luar, pantang ada free time pusing 1 malaysia, memang tu cara orang tak ada duit ke?! maaf sebab terluahkan kemarahan kat sini.. okay let move on~
best memories:
semester yang sangat menyeronokkan sebab Sha rasa yang kami semakin rapat yang mana dah 1 group ngan Sha dari semester 1... dah tahu perangai yang baik mahupun tak... banyak sangat memori yang Sha tak akan dapat lupakan dengan mudah... terlalu banyak sampai tak boleh nak dirungkaikan dalam tulisan... saling bantu membantu disaat seseorang itu memerlukan pertolongan, sudi meminjamkan bahu untuk bersandar, meminjamkan telinga untuk mendengar masalah sahabat, meringankan mulut untuk nasihat yang sangat" berguna dan berharga, berjalan seiringan, berdiri sama tinggi.. ='( TERHARU ! ilmu dikongsi bersama, pengalaman dinikmati bersama~ mungkin selepas graduate ni kita semakin sukar untuk berjumpa. apatah lagi kita akan berpisah.. be strong and good luck untuk rakan" yang bakal memulakan practical awal bulan 12 nanti and never give up and do the best untuk rakan" yang ada kelas tambahan untuk semester hadapan... rakan" yang baik sentiasa mendoakan yang terbaik untuk rakan"nya...
 
conclusion:
amboi siap ada conclusion lagi.. hehe~ thanks guys for the bad and goods/best memories ever.. semua itu la yang telah mematangkan Sha untuk menempuhi kehidupan di dunia sementara ini... Sha bukan insan yang sempurna yang mana memerlukan bimbingan dan sokongan daripada insan" lain agar tidak lari dari landasan Allah... terlalu banyak dosa yang telah dilakukan~ mungkin sekarang masanya untuk berubah.. tidak pernah ada istilah terlambat untuk seseorang itu berubah.. =( thanks sangat" sebab dah sedarkan Sha waktu sedar mahupun tak sedar...
 
thanks to those persons:
Norhazahasikin bt Rahim
Farah Amira bt Yacob
Syafiqah Ezzati bt Isamuddin
Norhayati bt Sadri
Nurazwani bt Jalil
Muhammad Azuwan b. Jali
Siti Nurfarhanim bt Sarani
Zainatul Zuhairah bt Zainal Abidin
Hamiza bt Hamidon
Noraqilah bt Azis
Nurafidah bt Abu Hassan
Nurfarahin bt Indrawarman
Nuramirah Hani bt Husin
(sorry kalau ada tersalah spelling nama) =)
lagi 2 persons? oppsss! tibe" lupe name diorang..
 
ada Sha kesah ? !
 
wasalam =)


Wednesday, September 26, 2012

friendships??

hye everyone... wah dh sangat" lama tak on blog ni... busy with my class... ari sabtu ngan ahad pon ada class... currently done with our business plan and presentation business plan... ketaq lutut wa cakap sama lu waktu nak present tu... dh la dua org je yg present... group lain pon pling min 3 orang taw.. biasa la ... tak semua orang suka bagi kerjasama... lagi dua orang ahli kami x dapat nak dikesan sewaktu presentation... dh la waktu wat business plan pon macam nak niat repeat next sem.. x paham betol la... kalau terasa nak extend, tolong jangan bawa saya sekali... i hate subject yang kene banyak baca but at least i try my best to done our business plan... i know u are smart but blh x jgn nk cakap gebang je... aku penat nak dengar kau cakap besar tapi sekelumit debu pon x da hasil... thanks to haza because always by my side to done this BP... you are the best groupmate i ever had... tak lupa juga thank to hamraz, as118 5b1 (tak termasuk 2 manusia tu), aina, group a1 yg sudi tlg ckit n insan2 yg telah  membantu kami secara langsung mahupun tak... seriously, buat business plan by 2 person sangat memeritkan.. keje tu jd last minute bila 2 manusia tu tak terfikir pon nak buat bahagian mereka... lastly, i have to cover general, marketing and financial plan... killlleeeerrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!! 2 days non sleep only to finish business plan... haza cover administration and operation plan...last day non sleep, manusia tu boleh lalu je depan kitorg tanpa nak tanya, nape korang tak tido? business plan dh siap lom? yang dia tahu buat ialah breakfast for her boy which is manusia lagi satu... did she know that business plan and presentation had been my nightmare...? that's why i can't sleep.. when i close my eyes, all the words in business plan will dancing in my eyes... i can't eat, i can't move and even i can't talk because i afraid i will waste my time to do all that thing... what she do all the time haza and i done business plan, she just hangout, lunch, dinner, movie, karaoke, have fun with her boy... what the??? maaf di atas kekasaran ayat yang berlaku... mungkin kami boleh bertahan tapi sampai bila?? terlalu lama saya berdiam dan tahan semua kerenah dia.. cakap besar, takbur, memperlekehkan orang... macam la saya tak tahu yang dia ada citer buruk pasal saya... no wonder la tak ada orang yang berani rapat dengan kamu.. even your bff pon kamu boleh cakap macam"... sampai bila nak wat perangai macam tu.. final pon next week kan... if 2 manusia tu terbaca ni, its better because i know that u 2 was hard to accept what people say about you both.. i'm glad that don't have any group assignment with you both... believe, get a groupmate like u 2 make me feel like h***!!! maaf di atas kekasaran ayat lagi... saya memang rasa patut luahkan ni... maybe korang marah sebab kami tukar produk but believe me kalo kte stick ngan produk tu mmg x siap2 la business plan kte... baru mintak information sikit pon sampai sekarang tak dapat2... dh dua bulan lebih kot...!! memang susah ke nak bagi kerjasama.. maaf la kalau kami ada terkacau masa yang sepatutnya korang hang out... werkkkkk~!!! last sem yang sangat memeritkan.. ingat sem 2 and 3 yang paling perit but this is the worst persons i ever meet... sorry...
 
thanks to all people yang sudi tolong kami... seriously, kami sangat" terharu... mengalir air mata kalau kenangkan balik... terharu sangat"....  we think that we don't have anyone but the truth is we have all of u friends... muahhhh~ thanks thanks thanks!!!!!! the result tu lain citer... yang penting is friendships... maaf kalau tasha n haza banyak menyusahkan korang semua... bukan niat kami... good luck for final examination which is just around the corner... do your best... believe me there is always a truth friend, he/she will inspired u and give u strength when u just think to give up... Allah always by our side... Dia tahu kekuatan hambanya untuk menghadapi segala ujian.. kepercayaan tu sangat penting... senyuman la dapat mengubat hati yang sedih... bila bangun tido tengok diri kat cermin and say that saya kuat dan tabah untuk hadapi  hari ni sambil tersenyum pandang diri kat cermin... mungkin bende ni nampak remeh tapi ni la yang tasha selalu buat... =)
 
good luckk!! 

Saturday, July 7, 2012

cit cat CINTA 12 !

kenangan
tidak selalunya ceria
malah tidak selalunya suram
kadang-kala ia mengajar kita
erti sebuah kehidupan
kehidupan tidak memberi makna
tanpa suka dan duka
tanpa ketawa dan air mata
kebahgiaan diimpikan
air mata menjadi teman yang setia
seumpama kain putih
bagaikan menanti setitik warna
jatuh menitis di atasnya
menjadi corak yang abadi
kenangan bagaikan memori kehidupan kita
menyimpan segala khazanah hidup
dan liku-liku kehidupan manusia
di dunia yang sementara ini
hanya amalan dan iman sahaja
bisa menemani kita
menjalani kehidupan di dunia sebenar nanti

cit cat CINTA 11 !

pandanglah daku
renunglah ke dalam mataku
hatiku ini bergetar hanya untukmu
mengapa hatimu masih ragu-ragu?

cukuplah penderitaan ini
hentikanlah menipu diri ini
hati ini masih celik
bisa melihat semua dustamu

tidak pernah terdetikkah dihatimu
akan hati dan perasaanku?
daku tidak seperti dirimu
begitu mudah berpaling tadah

bebaskanlah diri ini
dari penjara cintamu
diri ini semakin lemah dan lelah
untuk mengikut retak dustamu!

cintaku tidak beerti untukmu
andai dikau masih meragui
sayagku bukan lagi padamu
andai insan lain bertahta di hatimu



cit cat CINTA 10 !

wahai hatiku
maafkan diri ini
kerna tidak bisa
melindungmu dari terus terluka

fikiranku makin celaru
bila hadirnya sudi menyinariku
terasa bagai dibuai mimpi
namun sangsi turut mengiringimu

dirinya seumpama bintang
tidak pernah jemu menemani bulan
walaupun awan melindunginya
masih tegar melemparkan cahayanya

daku diumpamakan bulan
indah dilihat dimatanya
hanya diri ini yang menyedari
kecantikan sebenar diri ini

cantik di luaran tidak memberi erti
andai tidak mengambil berat
akan kecantikan dalaman yang utama
hanya ikhlas dan jujur tulus  melihatnya



location: makmal tekstil uitm shah alam... (strength a bundle of fibres)...

sorry sbb grammar a.k.a. tatabahasa agak lintang pukang..


cit cat CINTA 9 !

maafkan diri ini
bukan ini yang ku inginkan
bukan ini yang ku idamkan
mungkin ini yang terbaik

ku sedar dirimu terluka
buat terakhir pintaku
fahamilah hati ini
lukaku tiada penawar berbandingmu

diriku tidak pernah rela
merebut hatimu untukku
andai dikau telah menutupnya
untuk insan yang lebih dikau sayangi


p/s: dh lama buat tapi baru terlintas nak post.. untuk someone yang dah tak mahu memandang wajah ini apatah lagi memanggilku 'sahabat'!

Friday, June 8, 2012

ari pernikahan paksu!

majlis ini berlangsung pada 02 may 2012 di masjid area kukup, pontian selepas solat jemaah fardu isyak!

paksu den.. before majlis bermula..

ni la maksu den.. tersenyum lps dengar tok kadi tu wt lawak.. haha~

dengan sekali lafaz, smuanyer selamat.. alhamdulillah..

 semoga kekal ke anak cucu!! amin~

penyerahan mas kawen!

penyerahan wang hantaran! cer teka bape hantaran dia.. heheheee~

hantaran pihak perempuan.. ada sembilan dulang.. 1 dulang lagi sha x tw kat ner.. heheheee~ sebab tu ada lapan je dalam gambar..

ni la hantaran dari pihak pengantin lelaki.. ada tujuh dulang... hehehheee

tu je kot gambar yang boleh sha kongsi... gambar pada majlis walimatul urus?? nantikan ye.. hehehee
assalamualaikum~!

Wednesday, June 6, 2012

majlis perkahwinan paksu dan maksu!!

hye~ ni baru sahaje balik dari kampung.. 1 week stay kat muar and 2 days 1 night stay kt yong peng plak... ada ap kt muar yer?? hehehee~ my paksu nak kahwin.. in 1 day kitorang menyiapkan semua hantaran... hantaran dah sedia cuma belum dihias lagi... alhamdulillah... hasil ke'kreatif'an semua saudara, hantaran tu nampak mewah!~ nikahnyer pada 27 may 2012 lepas isyak di masjid kukup, pontian.. majlis yg sederhana di mana hanya dihadiri oleh sanak saudara dan kawan2 yang rapat di kedua-dua pihak.. bagaimanapun majlis ini turut disempurnakan oleh para jemaah yang hadir ketika solat isyak itu.. hanya dengan sekali lafaz sahaja paksu saya telah bergelar suami kepada hamimah iaitu maksu saya la... hehehee~ comel sangat dua2.. tergambar kegembiraan di muka masing2... rasa sangat2 terharu.. selepas selesai majlis ini pihak lelaki terus bergerak ke rumah pihak perempuan yang tidak berapa jauh dari masjid itu... kami disambut seperti keluarga sendiri.. langsung tidak terasa janggal... seterusnya majlis tepung tawar dan sesi fotografi diteruskan... tibe2 rase nak kahwin plak.. hahahahhaaaa~ sabar2.. lagi bape tahun je Sha oii... hehehee~ malam tu kami berehat di rumah sewa pengantin lelaki yang berdekatan dengan kawasan tu... malam tu juga ribut telah melanda dan khemah pengantin runtuh... bagaimanapun, khemah pelamin sempat diselamatkan...esoknyer lpas zohor kami bergerak ke rumah pengantin perempuan untuk majlis walimatul urus pula.. hehehheee... pelamin yang sangat indah... kelihatan seperti tiada apa2 yang melanda malam tu.. cuma karpet je la terase basah.. heheheee~ nanti gambarnyer di post yang lain pula taw...

selesai majlis di rumah perempuan, seminggu kemudian majlis dijalankan di rumah lelaki pula... muar.. pada 03 june 2012.. agak busy juga semua saudara sampai pukul 1 atau 2 pagi baru tidur.. rumahnyer telah dibesarkan.. alhamdulillah, cukup untuk menampung semua saudara yang bermalam untuk memeriahkan majlis itu lagi.. ada 1 pagi tu tiba2 paktam sha panggil and cadang nak buat pelamin untuk berzanji and cukur jambul (anak adik makcik sha)... dengan hanya berbekalkan kain dan bunga2 yang ada ketika itu je, 1 pelamin berjaya didirikan... hehehehee~ not bad... pelamin ni dalam rumah n pelamin untuk sanding bawah khemah... bahagian makanan pula, penduduk kampung ramai2 rewang dan membantu mana-mana yang patut... hari jadinya majlis ini, kami saudara mara dan tuan rumah langsung tak dibenarkan ke dapur oleh orang kampung... heheheheeee~ kami hanya duduk di rumah atas dan menyediakan apa yang patut sebelum majlis.. alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna... malam berzanji tu kan pengantin perempuan kene mengaji dan sangat merdu maksu sha mengaji!!! terpaku seketika... suke sangat2 dengar... oh yaaa~ lupa nak cerita pasal pengapit pula.. hehehehee~ pengapit mereka ialah students maksu sha (kalau tak silap la).. students spm... dua2 sangat comel!!!! semua orang tak abes2 mengusik pengapit... ada 1 gambar di mana pengapit kene jadi pengantin dan pengantin kene jadi pengapit... hehehehhee~ suke sangat2... tapi sha x sempat nak ambik gambar tu la... maaf... mungkin ada banyak lagi yang sha tak kongsi.. yang pasti gambar2 nye akan di upload di post yang lain k... nanti kan... hehehehehee~ mak saya nak kahwin!!!! hahahahhaaa~ menggatal!!

salam..~ 

Wednesday, May 23, 2012

conference textiles!!

assalamualaikum~
apa khabar kawan"ku yang comel" and hensem"? hehehee~ entry kali ni Sha akan ceritakan pengalaman Sha sewaktu join world conference textiles kat Concorde Hotel Shah Alam.. agak lambat update entry ni sbb events ni pada 16 and 17 yang lepas.. mood nak ber'blogging' baru ada kan.. ngeee~ Alhamdulillah, Sha dapat join events ni atas tajaan Textile Institute.. kalau tak, kene bayar fee sebanyak RM500.. mane den nak cekau duit plak kan..


pengalaman yang sangat mengujakan terutama apabila dapat berjumpa ngan Jimmy Choo!! wahhh!!! jangan jelous! heheheee~ for those yang tak kenal Jimmy Choo, meh den kenalkan secara ringkas sahaja ya.. kalau nak tahu juga, ringan"kan lah tangan anda search kat mak cik Google k.. Jimmy Choo ialah seorang yang sangat terkenal dengan design kasut cantik. beliau telah memperkenalkan kasut tumit lelaki yang mana tidak melebihi 1 1/2 inch (kalau tak silap saya la).. kasut yang beliau design sangat lawa dan cantik malah ada unsur" tradisional cina diselitkan. kasut yang di design oleh beliau menjadi pujaan dan idaman hampir setiap perempuan.. heheheeee~ banyak plak cakap pasal Jimmy Choo.. meh den kongsi gambar sikit...

me with jimmy choo!!


 with my seniors.. thanks sbb sudi layan kami yang masih muda dalam dunia textiles! love u all!!

dalam banyak" research yang dibentangkan, sha paling tertarik dengan ' degradable behaviours of PLA nonwovens by UV-ray irradiation' : presenter from korea (PhD student), 'simulation of warp tension for high speed looms' and '3D woven structures and their manufacturing technologies'. bagi Sha memang rugi siapa yang mencari alasan tak nak join conference ni (utk textiles la).. heheheee~ pengalaman yang tidak boleh diluahkan dengan kata".. terlalu bnayk ilmu yang Sha perolehi terutamanya untuk subject sem depan.. Alhamdulillah! bersyukur sangat.. hanya dengan essay yang tak seberapa tu, boleh join conference ni.. hey! i also know one lecturer from new zealand.. she is so friendly.. sangat seronok sebab dapat kenal dengan dia.. dia juga ada membantu kami untuk lebih paham dalam certain topics...

me with Cik Qila Azis.. dalam conference tu macam kami berdua je yang muda sebab dari diploma.. yang lain semua dah degree.. heheheee~
i think that's all from me! thanks for lend your eyes and mind to read my entry.. =)
assalamualaikum~



Tuesday, May 22, 2012

about them!

hye everyone!! beberape ari yg lpas mak Sha keluarkn balik smua kenangan lama dia ngan ayah a.k.a. surat cinta.. wahhhhh~ excited gler nak baca taw.. ayah bukan main lagi dok selongkar bilik sebab takut mak bagi anak-anak dia baca.. but smua taw kan, lelaki bukannya orang yang senang nak cari barang walaupun depan mata dia... surat2 tu semua sedangkan dalam beg tangan dekat tempat beg je,.. x tersembunyi pun.. ngee~ mak cakap bila sampai umur yang sesuai baru dia bagi baca and that suppose to means, now! hahahhaaa~ x sangka ayah Sha jiwang leleh kot.... terharu sangat2 bila baca semua tu.. yang sangat x boleh bla, ayah Sha antar 3 surat kat mak Sha then barulah dia dapat 1 balasan surat.. tu pon x sampai 1 muka surat... hehehehee~

sha tertarik dengan 1 sajak yang ayah wat untuk mak waktu birthday mak.. tak da la macam sasterawan negara but it still something yang indah dan menarik.. ni sajak nyer~

Hari ini
                Ku berkhayal
                Bersamamu
                Ingati detik lalu
                Yang penuh kenangan
Hari ini
                7 julai muncul lagi
                Umurmu meningkat
                Muncul remaja
                Hilang dewasa
                Yang penuh pancaroba
                Bagai sampah di lautan
                Berlabuh kesana kemari
                Semoga dirimu waspada
                Tiada kalah pujuk rayuan
Hari ini
                Ku ucapkan lagi
                Selamat hari jadi
                Khas untukmu
                Tiada hadiah ku beri
                Hanya secarik kertas
                Yang tak bermakna
                Boleh dibakar dan dikoyak
Hari ini
                Ku diperantauan
                Dirimu tiada ku lupakan
                Biarpun peluru bertaburan
                Gunung dan bukit ku rentangi
                Ibarat irama dan lagu
                Tiada dapat dipisah
                Namun terpisah
                Pabila sumbang
Hari ini
                Moga tiada perubahan
                Walaupun hari, bulan, tahun berganti
                Namun hari ini
                Tetap bermakna
Hari ini
                Ku mohon maaf
                Kata bicara tiada batas
                Terlajak perahu boleh diundur
                Terlajak kata maaf ku pinta
 
 
waktu ni ayah diperantauan, nama pon askar kan.. mak ngan ayah tengah menunggu masa untuk diijab kabulkan.. sangat sweet.. banyak lagi sajak yang ayah sha wat.. lain kali kite share lagi k.. kalau anda semua (chewahh) ada nak share pape, jangan malu jangan segan k.. share je la...


love u both!!! muahhhhhh~
sekian dr Sha...
assalamualaikum~~

Friday, April 27, 2012

2 7 0 4 2 0 1 2

hye...
students uitm semua tahu tarikh ni tarikh ape kan... hehehhee~ inilah tarikh result keluar untuk students diploma... my result?? tak da la gempak mane and tak da la teruk mane... for me, its still in middle level... gpa just naik 0.13 but cgpa down 0.01... next sems kene study hard lbih kalo nk dpt first class la... not far away but maybe its hard because next sems all subjects is about textiles... mungkin ada orang cakap, kalau dah student textiles tu tak kan x leh jawab paper textiles kot... for u alls information~ textiles ini ada macam" seperti combination dengan kimia, fizik, calculation and maybe biology... bukan semua bahagian kita boleh jawab dengan jayanya kan...ngeee~ sape cakap textiles senang? meh aku masukkan korang kat kelas Weaving Technology by Sir Iqbal... baru korang tahu textiles tu senang ke  tak, textiles tu best ke tak.. baru korang leh cakap pasal textiles k... but i love u sir Iqbal!!! ngee~ thanks for giving me A-...!!

today also someone special comes to my house...  HAPPY SANGAT"!!!!! thanks sebab sanggup sewa kereta nak datang umah saya... walaupun sewa nya agak mahal... hehehee~ menu hari ni ikan kari masak asam pedas, kacang panjang goreng ngan sambal tok tok (sebut dalam jawa for corret pronoucation) heheheee~ sedap tak?? jangan cakap tak sedap taw... x nk kawan...hahahahaa!! thanks for make my house happening.... my mom and dad just smile when i told that u will came... thanks dear!! <3 muahhh




Tuesday, April 24, 2012

2nd chance~

hye~
tibe-tibe terkenangkan kenangan lama lepas baca balik semua post Sha... HAHAHAHHAAA!!! permulaan yang sangat bagus di mana tidak terburu-buru (chewahhh) but ada konflik bila terdapatnya pilihan.. ngeee~ mengarut sudah.. so romantik, so sweet, jelousnyer!!! tapi nak jelous ap kan kalo tu kisah lama sendiri...
there is nothing wrong with us or our relationship... maybe our heart really want to be in love but our mind is not ready yet... even we love each other...i'm such a bad bitch (like u said)... hehehee~ right? x ada apa yang sha boleh nafikan... setiap orang ada pandangan masing-masing tentang diri kita kan... ada yang suka dan ada yang benci dengan hubungan kita... i still remember ada orang tanya sha, "lelaki macam tu ke yang kau suka?" i don't know what it is suppose to means but i hove it is positive.. heheheee~
so beautiful dan sha rasa macam all the time nak berpuisi... tapi sekarang macam malas pula nak berpuisi.. kalau rajin and ada sesuatu yang betul-betul boleh dijadikan inspirasi baru sha berpuisi... someone say i'm stupid and ugly too...

i think i'm ugly and nobody want to love me just like her i wanna be pretty, i wanna be pretty, don't lie to my face telling i'm pretty
i think i'm ugly and nobody want to love me just like her i wanna be pretty, i wanna be pretty, don't lie to my face cause i know i'm ugly

hahahhaaaa... lagu ni la yang banyak menyedarkan diri sha pasal ke'ugly'an diri ni.. (hancur tatabahasa!!)...hahahhaaa... and with this song i know how and which person love me by the way i am... and in case that u don't know, i never regret to know u ! but i know u already regret to know me, right?
sha susah nak percaya dengan peluang kedua...

kadang kala peluang kedua lebih baik dari pertama

ramai yang cakap macam ni tapi sha tetap juga susah nak percaya sampailah someone make me believe in second chance... thanks dear~ hopefully this second chance will be better...


 hurmmm... might be!!
but...


right??

that's all from me~
thank you!!!

assalammualaikum~







Wednesday, April 18, 2012

hang out at PD!!

hye semua!!
time cuti ni tak banyak perkara yang Sha dapat buat... Ayah baru je sembuh... alhamdulillah.. dah tak perlu nak pergi hospital je... thanks to Doctor sebab sudi nak bantu ayah saya untuk sembuh... then dengan kesihatan Sha yang tak berapa nak stabil kan so kene duduk umah je la... last week baru dapat pergi hang out ngan family... pergi PD (port dikson je)... keesokkan lepas kitorang pergi PD baru la kecoh pasal gempa bumi... alhamdulillah.... kalau tak, tak pasti apa yang bakal terjadi...

my dad!!

mummy and daddy





itulah ragam kami~

finally its me!!

Monday, April 16, 2012

cit cat CINTA 8 !~

salam sejahtera semua...~
hati? sesuatu yang dah lama Sha tidak perkatakan... sesuatu yang sangat perit untuk di ceritakan... hehee~ dah lama rasanya tidak meng'update' blog ni... rindu la plak... sebenarnya banyak perkara nak dicerita tapi tak semua boleh dikongsi kan...

'seseorang tidak akan pernah merasa untuk menghargai jika tidak pernah ditinggalkan ataupun terluka'

ayat diatas selalu Sha dengar tapi tak nak pon percaya tetapi selepas dah kena peristiwa yang menyakitkan itu, barulah nak percaya kan.? biasalah tu... MANUSIA! terima kasih sayang kerana akhirnya nampak siapa saya dihatimu...

sayang ini bukan untuk dikasihi
cinta ini bukan untuk dibalasi
mahupun manja ini bukan untuk dibelai
cukuplah adanya dirimu
untuk menghargai
seorang insan yang serba kekurangan
hati ini sering dilukai
jiwa ini sering diabaikan
hidup ini sering dipersendakan
tapi hadirnya dirimu
umpama sinar di dalam gelita
sayangilah diri ini
cintailah diri ini
kasihilah diri ini
selagi jantungku berdegup
selagi daku masih bernafas
selagi roh diizinkan jasad
terima kasih sayang!

inilah yang mampu Sha fikirkan sekarang... hehehehheee~ dah lama tak berpuisi...

Wednesday, April 4, 2012

i'm here!!

hye everyone! dah lame giler tak aktif berblogging ni... hahahhahaaa~ hancur tatabahasa Sha... bukan tak nak aktif tapi macam tak banyak kesempatan yang diperolehi untuk tulis blog... sem ni rase cam sangat busy... busy la sangat kan... masalah yang tak pernah surut" dari sem lepas... hmmm~ name pon student kan... kalo tak nak tension lebih baik tah payah susah" beratkan kepale otak tu pikir study kan... 31 march~ last paper untuk final exam sem 4... lega sangat" sem 4 dah berakhir... banyak sangat pengalaman yang Sha dapat sem ni... yang paling BEST! pergi Shah Alam... Sha rase ada something yang Sha dapat buat waktu kat Shah Alam tapi bila dah balik Pilah je semuanyer menjadi seperti sedia kala... agak KECEWA~ seriously... i should already forget about it but i can't!!! please help me~
banyak sangat pengalaman yang Sha tak boleh nak luahkan dengan kata" sahaja.... rasa happy, sedih marah, kecewa, bercampur baur perasaan tu... but i think i be more relaxed this sem... hehehehe~ now dah start cuti sem 2 month... my auntie suruh balik kampung tapi Sha kene ajar budak tuittion kat sini, then my uncle nak kahwin and dia mintak Sha tolong handle hantaran ngan pelamin... awal bulan 6 berlansung la tapi macam baru 5% je siap.. tak pasti nak wat macam mana ni... in one time Sha macam kene bahgikan badan kepada 3 tempat (seremban, yong peng, muar)... hopefully dapat la settle semua ni... saya perlukan PINTU SUKA HATI!!! hehehheee~ happy holiday everyone... tapi nanti budak sekolah start cuti kita pula start kuliah kan...

Monday, February 6, 2012

(^,-)!

wah!! dh lame Sha x update blog... rindu la plak... hehehe~ nothing interesting with me... life?  bese je la.... study? semakin lama Sha macam makin penuh ngan keyakinan diri.... thanks kepada rakan" yang buatkan Sha makin yakin dan kuat.... sayanng korang semua... muaaahhhhxxxx!!!!

khamis lepas baru Sha balik umah mak lepas hampir sebulan x balik umah.... last balik  waktu cuti tahun baru... bukan x nak balik or x ingat umah cuma masa yang mencemburui Sha.... hehehehee~ assignment yang berlambak and dengan assignment group lagi yang kene buat.... walaupon cakap group punya assignment but i must make it perfect~ kan kan kan... hehehehee~ thanks to my mom sebab walaupon Sha x balik umah tapi dia datang jeguk Sha kat pilah... bila Sha bagitau yang Sha demam, dia akan datang and make my favorite food!! love u mom more than anything!!!

today just g jalan" kat jusco.. just nak beli ink printer ngan my mom.... tgah jln" tu tiba-tiba sakit Sha datang balik.... waktu tu dah nak pengsan... Sha cepat" cangkung... my mom terkejut.. but i said that i'm okay.... bila dh okay sikit Sha bangun la tapi tak lama sebab tak sampai 2 minit sha dah pitam balik... nasib baik sempat pegang my mom... my mom terus cari kerusi.... memang waktu tu Sha x nampak apa-apa lagi... semuanya gelap... even dalam air-cond pon Sha rasa panas sangat sampai berpeluh.... take time juga la tenang balik... sempat my mom pusing-pusing tengok beg ngan kasut.... nasib baik dalam beg waktu tu ada minyak kapak.... lega la sikit.... nak cakap tak makan tapi dah makan... x tau la apa pula problem kali ni... nasib baik tak jatuh terbaring kalau x mungkin effect nye dh jadi lain.... 

hope pas ni akan terus okay... amin~ doakan Sha tau.... 

Assalamualaikum!