THIS STORY ABOUT ME AND HIM! ALL ABOUT OUR LIFE!!

Friday, August 22, 2014

cit cat cinta 11

bertemu denganmu suatu keindahan
yang tidak mampu ku ungkapkan
mengenalimu kebahgiaan untukku

tutur kata dan tingkah laku mu
menambat hati ku ini
rupas paras mahupun harta
tidak mungkin mampu menandingi

tiada kata-kata
tiada pujuk rayu
tiada kemewahan
yang mampu mengalahkan dirimu

hati ini tertutup rapi
untuk insan lain yang menghampiri
hati ini akan sentiasa setia
selagi belum pernah dihancuri

Thursday, August 21, 2014

Rayuan UPU

Assalammualaikum~
agak terkedu tadi bile adik Sha tetibe je cakap "kalau dapat 4 flat pon belum tentu dapat rayuan, keluar kat berita tadi"..
erkkk~
krikk krikkk !!!!
ya Allah, rasenye macam dah putus harapan, mungkin ramai yang cakap pointer macam Sha confirm blh future degree but what happen?? sampai kene apply rayuan lagi.. hahahaa.. nampak tak rezeki setiap orang berbeza, kadang2 tertanya juge , macam mane agaknye pemilihan students untuk future study because mostly yang apply rayuan (ape yang sempat Sha search la) dapat pointer above 3.50.. adakah semua yang terpilih tu dapat 3.50?? huhuuu tak baik kan bersangka buruk.. citttt... think positive.. seperti yang diperkatakan sebelum ni, rezeki semua lain2.. but still not fair untuk students yang study macam nak mati untuk pointer tinggi then tak terpilih pun untuk future degree..
bak kate membe Sha, banyak sangat soal g apply future study kat luar negara.. lagi x banyak kerenah, yang penting duit ada.. yang paling kesian ialah students STPM, diorang yang paling teruk study tapi diorang la yang paling susah dapat masuk IPT.. yang peliknye kadang2 orang tu x apply pon course yang die dapat tapi orang yang mmg apply course yang same x dpt pon.. musyykillll ni.. hahaha
apa apa pun kita tunggu la KEPUTUSAN RAYUAN KELUAR MINGGU KETIGA BULAN SEPT... 
berdoa la.. hanya tu yang mampu..
untuk orang yang x putus2 tanye dapat study mane..ha ni jawapan ea..
"TAK DAPAT PON, SAMPAI KENE APPLY RAYUAN LAGI."
puas hati??
hahahaa tahniah la pada yang dapat, yang x dapat tu sama2 la kita tunggu pinangan orang... hehehheee

salam~

Friday, August 15, 2014

Cinta Pandang Pertama

Assalammualaikum~

ada apa dengan cinta pandang pertama?

cinta pandang pertama terjadi bile pertama kali kita pandang seseorang tu, kita dapat rasa seakan akan ada sesuatu mula menjentik tangkai hati kita macam terkena renjatan elektrik. Bukan dari pertuturan, rupa paras mahupun cara layanan nya terhadap kita tetapi dari pandangan mata ke mata yang membuatkan rasa itu wujud. Mungkin ramai yang salah menganggap cinta berlandaskan nafsu tu cinta pandang pertama. Cinta pandang pertama ni ialah cinta yang amat sukar nak dilupakan dan dipadam dari memori walaupun tidak pernah bersama kerana rasa itu tetap akan sentiasa wujud selagi nafas masih bernyawa. Kadang kala seseorang tu dah banyak kali bercinta tetapi sebenarnye dia masih belum berjumpe cinta pandang pertama kerana semua cinta dia sebelum ni hanya lah untuk suka" dan langsung tidak menyentuh hati dia yang sebenar, lebih kepada hasutan syaitan untuk menghilangkan hati yang sunyi dan sepi.

Jangan menodai perasaan cinta yang sebenar hanya kerana nafsu. Ketahuilah cinta itu sebenarnya suci dan indah andai seseorang tu mengerti dan paham apa itu cinta.

Tanya lah diri sendiri, adakah kita benar cintakan seseorang tu sebelum membuat keputusan seterusnya.
Jangan menghancurkan masa depan seseorang dengan hanya keputusan yang kita buat. 
Keputusan itu tidak melibatkan kita sahaja malah melibatkan hati dan perasaan semua pihak. Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah, kita sebagai hambanya hanya mampu merancang yang terbaik untuk kita.

InsyaAllah ~~