THIS STORY ABOUT ME AND HIM! ALL ABOUT OUR LIFE!!

Friday, June 8, 2012

ari pernikahan paksu!

majlis ini berlangsung pada 02 may 2012 di masjid area kukup, pontian selepas solat jemaah fardu isyak!

paksu den.. before majlis bermula..

ni la maksu den.. tersenyum lps dengar tok kadi tu wt lawak.. haha~

dengan sekali lafaz, smuanyer selamat.. alhamdulillah..

 semoga kekal ke anak cucu!! amin~

penyerahan mas kawen!

penyerahan wang hantaran! cer teka bape hantaran dia.. heheheee~

hantaran pihak perempuan.. ada sembilan dulang.. 1 dulang lagi sha x tw kat ner.. heheheee~ sebab tu ada lapan je dalam gambar..

ni la hantaran dari pihak pengantin lelaki.. ada tujuh dulang... hehehheee

tu je kot gambar yang boleh sha kongsi... gambar pada majlis walimatul urus?? nantikan ye.. hehehee
assalamualaikum~!

Wednesday, June 6, 2012

majlis perkahwinan paksu dan maksu!!

hye~ ni baru sahaje balik dari kampung.. 1 week stay kat muar and 2 days 1 night stay kt yong peng plak... ada ap kt muar yer?? hehehee~ my paksu nak kahwin.. in 1 day kitorang menyiapkan semua hantaran... hantaran dah sedia cuma belum dihias lagi... alhamdulillah... hasil ke'kreatif'an semua saudara, hantaran tu nampak mewah!~ nikahnyer pada 27 may 2012 lepas isyak di masjid kukup, pontian.. majlis yg sederhana di mana hanya dihadiri oleh sanak saudara dan kawan2 yang rapat di kedua-dua pihak.. bagaimanapun majlis ini turut disempurnakan oleh para jemaah yang hadir ketika solat isyak itu.. hanya dengan sekali lafaz sahaja paksu saya telah bergelar suami kepada hamimah iaitu maksu saya la... hehehee~ comel sangat dua2.. tergambar kegembiraan di muka masing2... rasa sangat2 terharu.. selepas selesai majlis ini pihak lelaki terus bergerak ke rumah pihak perempuan yang tidak berapa jauh dari masjid itu... kami disambut seperti keluarga sendiri.. langsung tidak terasa janggal... seterusnya majlis tepung tawar dan sesi fotografi diteruskan... tibe2 rase nak kahwin plak.. hahahahhaaaa~ sabar2.. lagi bape tahun je Sha oii... hehehee~ malam tu kami berehat di rumah sewa pengantin lelaki yang berdekatan dengan kawasan tu... malam tu juga ribut telah melanda dan khemah pengantin runtuh... bagaimanapun, khemah pelamin sempat diselamatkan...esoknyer lpas zohor kami bergerak ke rumah pengantin perempuan untuk majlis walimatul urus pula.. hehehheee... pelamin yang sangat indah... kelihatan seperti tiada apa2 yang melanda malam tu.. cuma karpet je la terase basah.. heheheee~ nanti gambarnyer di post yang lain pula taw...

selesai majlis di rumah perempuan, seminggu kemudian majlis dijalankan di rumah lelaki pula... muar.. pada 03 june 2012.. agak busy juga semua saudara sampai pukul 1 atau 2 pagi baru tidur.. rumahnyer telah dibesarkan.. alhamdulillah, cukup untuk menampung semua saudara yang bermalam untuk memeriahkan majlis itu lagi.. ada 1 pagi tu tiba2 paktam sha panggil and cadang nak buat pelamin untuk berzanji and cukur jambul (anak adik makcik sha)... dengan hanya berbekalkan kain dan bunga2 yang ada ketika itu je, 1 pelamin berjaya didirikan... hehehehee~ not bad... pelamin ni dalam rumah n pelamin untuk sanding bawah khemah... bahagian makanan pula, penduduk kampung ramai2 rewang dan membantu mana-mana yang patut... hari jadinya majlis ini, kami saudara mara dan tuan rumah langsung tak dibenarkan ke dapur oleh orang kampung... heheheheeee~ kami hanya duduk di rumah atas dan menyediakan apa yang patut sebelum majlis.. alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna... malam berzanji tu kan pengantin perempuan kene mengaji dan sangat merdu maksu sha mengaji!!! terpaku seketika... suke sangat2 dengar... oh yaaa~ lupa nak cerita pasal pengapit pula.. hehehehee~ pengapit mereka ialah students maksu sha (kalau tak silap la).. students spm... dua2 sangat comel!!!! semua orang tak abes2 mengusik pengapit... ada 1 gambar di mana pengapit kene jadi pengantin dan pengantin kene jadi pengapit... hehehehhee~ suke sangat2... tapi sha x sempat nak ambik gambar tu la... maaf... mungkin ada banyak lagi yang sha tak kongsi.. yang pasti gambar2 nye akan di upload di post yang lain k... nanti kan... hehehehehee~ mak saya nak kahwin!!!! hahahahhaaa~ menggatal!!

salam..~