THIS STORY ABOUT ME AND HIM! ALL ABOUT OUR LIFE!!

Tuesday, January 6, 2015

Cinta Yang Terakhir

Assalammualaikum~

Entry yg lepas ada menceritakan tentang cinta pandang pertama. Sekarang terlintas pula nak cerita tentang cinta terakhir bak lagu aiman tu. Cinta terakhir ini la yang tiada tandingannya. Setiap wanita mengimpikan untuk menjadi cinta terakhir seseorang. Cinta pertama tu dikira sebagai bonus. Tetapi kalo awak banyak madu, tu tak di kira sebagai cinta terakhir. Huhuuu~ cinta terakhir ini la yang akan dibawa sampai ke mati dan insyaAllah sampai ke syurga.

Cinta terakhir mempunyai satu perasaan yang mana hati kita merasakan seperti tidak dan tak mungkin akan terbuka untuk orang lain. Zaman mencari dah lama berakhir bila hati kita sudah terkunci untuk si dia sahaja. Bila kita memandang ke dalam mata dia, kita yakin hanya dia yang akan menerangi dan menemani sepanjang jangka hayat kita di dunia ini. Anda tidak akan mengambil masa yang lama malah memberi pelbagai alasan untuk mengikat dia ke jalan yang halal. Jika anda belum sampai ke tahap ini, anda mungkin belum berjumpa lagi dengan jodoh anda dan mungkin cinta terakhir anda.

InsyaAllah, Allah mempunyai perancangan untuk setiap hamba-hambanya. Hanya masa yang membezakan segala-galanya.


Bersabar la wahai sahabat.