Assalammualaikum~
Entry yg lepas ada menceritakan tentang
cinta pandang pertama. Sekarang terlintas pula nak cerita tentang cinta
terakhir bak lagu aiman tu. Cinta terakhir ini la yang tiada tandingannya.
Setiap wanita mengimpikan untuk menjadi cinta terakhir seseorang. Cinta pertama
tu dikira sebagai bonus. Tetapi kalo awak banyak madu, tu tak di kira sebagai
cinta terakhir. Huhuuu~ cinta terakhir ini la yang akan dibawa sampai ke mati
dan insyaAllah sampai ke syurga.
Cinta terakhir mempunyai satu perasaan yang
mana hati kita merasakan seperti tidak dan tak mungkin akan terbuka untuk orang
lain. Zaman mencari dah lama berakhir bila hati kita sudah terkunci untuk si
dia sahaja. Bila kita memandang ke dalam mata dia, kita yakin hanya dia yang
akan menerangi dan menemani sepanjang jangka hayat kita di dunia ini. Anda
tidak akan mengambil masa yang lama malah memberi pelbagai alasan untuk
mengikat dia ke jalan yang halal. Jika anda belum sampai ke tahap ini, anda
mungkin belum berjumpa lagi dengan jodoh anda dan mungkin cinta terakhir anda.
InsyaAllah, Allah mempunyai perancangan untuk
setiap hamba-hambanya. Hanya masa yang membezakan segala-galanya.
Bersabar la wahai sahabat.
No comments:
Post a Comment