THIS STORY ABOUT ME AND HIM! ALL ABOUT OUR LIFE!!

Friday, August 15, 2014

Cinta Pandang Pertama

Assalammualaikum~

ada apa dengan cinta pandang pertama?

cinta pandang pertama terjadi bile pertama kali kita pandang seseorang tu, kita dapat rasa seakan akan ada sesuatu mula menjentik tangkai hati kita macam terkena renjatan elektrik. Bukan dari pertuturan, rupa paras mahupun cara layanan nya terhadap kita tetapi dari pandangan mata ke mata yang membuatkan rasa itu wujud. Mungkin ramai yang salah menganggap cinta berlandaskan nafsu tu cinta pandang pertama. Cinta pandang pertama ni ialah cinta yang amat sukar nak dilupakan dan dipadam dari memori walaupun tidak pernah bersama kerana rasa itu tetap akan sentiasa wujud selagi nafas masih bernyawa. Kadang kala seseorang tu dah banyak kali bercinta tetapi sebenarnye dia masih belum berjumpe cinta pandang pertama kerana semua cinta dia sebelum ni hanya lah untuk suka" dan langsung tidak menyentuh hati dia yang sebenar, lebih kepada hasutan syaitan untuk menghilangkan hati yang sunyi dan sepi.

Jangan menodai perasaan cinta yang sebenar hanya kerana nafsu. Ketahuilah cinta itu sebenarnya suci dan indah andai seseorang tu mengerti dan paham apa itu cinta.

Tanya lah diri sendiri, adakah kita benar cintakan seseorang tu sebelum membuat keputusan seterusnya.
Jangan menghancurkan masa depan seseorang dengan hanya keputusan yang kita buat. 
Keputusan itu tidak melibatkan kita sahaja malah melibatkan hati dan perasaan semua pihak. Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah, kita sebagai hambanya hanya mampu merancang yang terbaik untuk kita.

InsyaAllah ~~

No comments:

Post a Comment