THIS STORY ABOUT ME AND HIM! ALL ABOUT OUR LIFE!!

Saturday, July 7, 2012

cit cat CINTA 9 !

maafkan diri ini
bukan ini yang ku inginkan
bukan ini yang ku idamkan
mungkin ini yang terbaik

ku sedar dirimu terluka
buat terakhir pintaku
fahamilah hati ini
lukaku tiada penawar berbandingmu

diriku tidak pernah rela
merebut hatimu untukku
andai dikau telah menutupnya
untuk insan yang lebih dikau sayangi


p/s: dh lama buat tapi baru terlintas nak post.. untuk someone yang dah tak mahu memandang wajah ini apatah lagi memanggilku 'sahabat'!

Friday, June 8, 2012

ari pernikahan paksu!

majlis ini berlangsung pada 02 may 2012 di masjid area kukup, pontian selepas solat jemaah fardu isyak!

paksu den.. before majlis bermula..

ni la maksu den.. tersenyum lps dengar tok kadi tu wt lawak.. haha~

dengan sekali lafaz, smuanyer selamat.. alhamdulillah..

 semoga kekal ke anak cucu!! amin~

penyerahan mas kawen!

penyerahan wang hantaran! cer teka bape hantaran dia.. heheheee~

hantaran pihak perempuan.. ada sembilan dulang.. 1 dulang lagi sha x tw kat ner.. heheheee~ sebab tu ada lapan je dalam gambar..

ni la hantaran dari pihak pengantin lelaki.. ada tujuh dulang... hehehheee

tu je kot gambar yang boleh sha kongsi... gambar pada majlis walimatul urus?? nantikan ye.. hehehee
assalamualaikum~!

Wednesday, June 6, 2012

majlis perkahwinan paksu dan maksu!!

hye~ ni baru sahaje balik dari kampung.. 1 week stay kat muar and 2 days 1 night stay kt yong peng plak... ada ap kt muar yer?? hehehee~ my paksu nak kahwin.. in 1 day kitorang menyiapkan semua hantaran... hantaran dah sedia cuma belum dihias lagi... alhamdulillah... hasil ke'kreatif'an semua saudara, hantaran tu nampak mewah!~ nikahnyer pada 27 may 2012 lepas isyak di masjid kukup, pontian.. majlis yg sederhana di mana hanya dihadiri oleh sanak saudara dan kawan2 yang rapat di kedua-dua pihak.. bagaimanapun majlis ini turut disempurnakan oleh para jemaah yang hadir ketika solat isyak itu.. hanya dengan sekali lafaz sahaja paksu saya telah bergelar suami kepada hamimah iaitu maksu saya la... hehehee~ comel sangat dua2.. tergambar kegembiraan di muka masing2... rasa sangat2 terharu.. selepas selesai majlis ini pihak lelaki terus bergerak ke rumah pihak perempuan yang tidak berapa jauh dari masjid itu... kami disambut seperti keluarga sendiri.. langsung tidak terasa janggal... seterusnya majlis tepung tawar dan sesi fotografi diteruskan... tibe2 rase nak kahwin plak.. hahahahhaaaa~ sabar2.. lagi bape tahun je Sha oii... hehehee~ malam tu kami berehat di rumah sewa pengantin lelaki yang berdekatan dengan kawasan tu... malam tu juga ribut telah melanda dan khemah pengantin runtuh... bagaimanapun, khemah pelamin sempat diselamatkan...esoknyer lpas zohor kami bergerak ke rumah pengantin perempuan untuk majlis walimatul urus pula.. hehehheee... pelamin yang sangat indah... kelihatan seperti tiada apa2 yang melanda malam tu.. cuma karpet je la terase basah.. heheheee~ nanti gambarnyer di post yang lain pula taw...

selesai majlis di rumah perempuan, seminggu kemudian majlis dijalankan di rumah lelaki pula... muar.. pada 03 june 2012.. agak busy juga semua saudara sampai pukul 1 atau 2 pagi baru tidur.. rumahnyer telah dibesarkan.. alhamdulillah, cukup untuk menampung semua saudara yang bermalam untuk memeriahkan majlis itu lagi.. ada 1 pagi tu tiba2 paktam sha panggil and cadang nak buat pelamin untuk berzanji and cukur jambul (anak adik makcik sha)... dengan hanya berbekalkan kain dan bunga2 yang ada ketika itu je, 1 pelamin berjaya didirikan... hehehehee~ not bad... pelamin ni dalam rumah n pelamin untuk sanding bawah khemah... bahagian makanan pula, penduduk kampung ramai2 rewang dan membantu mana-mana yang patut... hari jadinya majlis ini, kami saudara mara dan tuan rumah langsung tak dibenarkan ke dapur oleh orang kampung... heheheheeee~ kami hanya duduk di rumah atas dan menyediakan apa yang patut sebelum majlis.. alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna... malam berzanji tu kan pengantin perempuan kene mengaji dan sangat merdu maksu sha mengaji!!! terpaku seketika... suke sangat2 dengar... oh yaaa~ lupa nak cerita pasal pengapit pula.. hehehehee~ pengapit mereka ialah students maksu sha (kalau tak silap la).. students spm... dua2 sangat comel!!!! semua orang tak abes2 mengusik pengapit... ada 1 gambar di mana pengapit kene jadi pengantin dan pengantin kene jadi pengapit... hehehehhee~ suke sangat2... tapi sha x sempat nak ambik gambar tu la... maaf... mungkin ada banyak lagi yang sha tak kongsi.. yang pasti gambar2 nye akan di upload di post yang lain k... nanti kan... hehehehehee~ mak saya nak kahwin!!!! hahahahhaaa~ menggatal!!

salam..~ 

Wednesday, May 23, 2012

conference textiles!!

assalamualaikum~
apa khabar kawan"ku yang comel" and hensem"? hehehee~ entry kali ni Sha akan ceritakan pengalaman Sha sewaktu join world conference textiles kat Concorde Hotel Shah Alam.. agak lambat update entry ni sbb events ni pada 16 and 17 yang lepas.. mood nak ber'blogging' baru ada kan.. ngeee~ Alhamdulillah, Sha dapat join events ni atas tajaan Textile Institute.. kalau tak, kene bayar fee sebanyak RM500.. mane den nak cekau duit plak kan..


pengalaman yang sangat mengujakan terutama apabila dapat berjumpa ngan Jimmy Choo!! wahhh!!! jangan jelous! heheheee~ for those yang tak kenal Jimmy Choo, meh den kenalkan secara ringkas sahaja ya.. kalau nak tahu juga, ringan"kan lah tangan anda search kat mak cik Google k.. Jimmy Choo ialah seorang yang sangat terkenal dengan design kasut cantik. beliau telah memperkenalkan kasut tumit lelaki yang mana tidak melebihi 1 1/2 inch (kalau tak silap saya la).. kasut yang beliau design sangat lawa dan cantik malah ada unsur" tradisional cina diselitkan. kasut yang di design oleh beliau menjadi pujaan dan idaman hampir setiap perempuan.. heheheeee~ banyak plak cakap pasal Jimmy Choo.. meh den kongsi gambar sikit...

me with jimmy choo!!


 with my seniors.. thanks sbb sudi layan kami yang masih muda dalam dunia textiles! love u all!!

dalam banyak" research yang dibentangkan, sha paling tertarik dengan ' degradable behaviours of PLA nonwovens by UV-ray irradiation' : presenter from korea (PhD student), 'simulation of warp tension for high speed looms' and '3D woven structures and their manufacturing technologies'. bagi Sha memang rugi siapa yang mencari alasan tak nak join conference ni (utk textiles la).. heheheee~ pengalaman yang tidak boleh diluahkan dengan kata".. terlalu bnayk ilmu yang Sha perolehi terutamanya untuk subject sem depan.. Alhamdulillah! bersyukur sangat.. hanya dengan essay yang tak seberapa tu, boleh join conference ni.. hey! i also know one lecturer from new zealand.. she is so friendly.. sangat seronok sebab dapat kenal dengan dia.. dia juga ada membantu kami untuk lebih paham dalam certain topics...

me with Cik Qila Azis.. dalam conference tu macam kami berdua je yang muda sebab dari diploma.. yang lain semua dah degree.. heheheee~
i think that's all from me! thanks for lend your eyes and mind to read my entry.. =)
assalamualaikum~



Tuesday, May 22, 2012

about them!

hye everyone!! beberape ari yg lpas mak Sha keluarkn balik smua kenangan lama dia ngan ayah a.k.a. surat cinta.. wahhhhh~ excited gler nak baca taw.. ayah bukan main lagi dok selongkar bilik sebab takut mak bagi anak-anak dia baca.. but smua taw kan, lelaki bukannya orang yang senang nak cari barang walaupun depan mata dia... surat2 tu semua sedangkan dalam beg tangan dekat tempat beg je,.. x tersembunyi pun.. ngee~ mak cakap bila sampai umur yang sesuai baru dia bagi baca and that suppose to means, now! hahahhaaa~ x sangka ayah Sha jiwang leleh kot.... terharu sangat2 bila baca semua tu.. yang sangat x boleh bla, ayah Sha antar 3 surat kat mak Sha then barulah dia dapat 1 balasan surat.. tu pon x sampai 1 muka surat... hehehehee~

sha tertarik dengan 1 sajak yang ayah wat untuk mak waktu birthday mak.. tak da la macam sasterawan negara but it still something yang indah dan menarik.. ni sajak nyer~

Hari ini
                Ku berkhayal
                Bersamamu
                Ingati detik lalu
                Yang penuh kenangan
Hari ini
                7 julai muncul lagi
                Umurmu meningkat
                Muncul remaja
                Hilang dewasa
                Yang penuh pancaroba
                Bagai sampah di lautan
                Berlabuh kesana kemari
                Semoga dirimu waspada
                Tiada kalah pujuk rayuan
Hari ini
                Ku ucapkan lagi
                Selamat hari jadi
                Khas untukmu
                Tiada hadiah ku beri
                Hanya secarik kertas
                Yang tak bermakna
                Boleh dibakar dan dikoyak
Hari ini
                Ku diperantauan
                Dirimu tiada ku lupakan
                Biarpun peluru bertaburan
                Gunung dan bukit ku rentangi
                Ibarat irama dan lagu
                Tiada dapat dipisah
                Namun terpisah
                Pabila sumbang
Hari ini
                Moga tiada perubahan
                Walaupun hari, bulan, tahun berganti
                Namun hari ini
                Tetap bermakna
Hari ini
                Ku mohon maaf
                Kata bicara tiada batas
                Terlajak perahu boleh diundur
                Terlajak kata maaf ku pinta
 
 
waktu ni ayah diperantauan, nama pon askar kan.. mak ngan ayah tengah menunggu masa untuk diijab kabulkan.. sangat sweet.. banyak lagi sajak yang ayah sha wat.. lain kali kite share lagi k.. kalau anda semua (chewahh) ada nak share pape, jangan malu jangan segan k.. share je la...


love u both!!! muahhhhhh~
sekian dr Sha...
assalamualaikum~~