THIS STORY ABOUT ME AND HIM! ALL ABOUT OUR LIFE!!

Thursday, September 29, 2011

for men!!

Setiap insan akan menemui kawan dahulu sebelum menemui cinta sejati. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang mempercayai kawan berbanding kekasih sendiri. Seorang kawan baik sudah pasti akan menyelidik siapakah yang berjaya membuka pintu hati kawan baik dia. Mereka nak pastikan bahawa kawan baik mereka tidak akan terluka dikemudian hari. For boys! Jangan marah la kalau tiba-tiba korang kantoi or ape-ape je dengan kawan makwe korang. Kadang-kadang makwe korang pun tak tahu apa yang kawan baik dia dah buat. Perkataan mahupun ayat menyayangi dan mengasihi tak akan memberi erti kalau korang berjanji tak akan lukakan hati dia lagi tetapi sebenarnya korang dah buat lagi. Jangan menutup kesalahan sendiri dengan menunjukkan kesalahan orang lain. Jangan mengatakan yang perempuan itu nak mencari alasan untuk berpisah sedangkan korang yang nak sangat berpisah. Memang benar kalau korang dah bercinta, hidup korang tak akan bebas macam dulu tetapi korang pernah fikir tak? Korang buat makwe korang bebas or kongkong dia? Memang lelaki suka enjoy dan akan bercakap pasal perempuan lain dan paling tak suka kalau setiap aktiviti dia kene bagitahu makwe dia. Cuba fair and square sikit dalam perhubungan itu. Maksudnya! Kalau korang tak suka bagitahu aktiviti korang so jangan nak paksa or marah pula kalau makwe korang tak bagitahu aktiviti dia. Next, korang suka enjoy and nak ada scandal, so bagila makwe korang enjoy and ada scandal. Kan best hidup macam itu tapi mesti tak boleh kan. Lelaki suka fikir pasal cemburu dia tapi tak pernah nak fikir pasal cemburu perempuan pula. Hati perempuan tak macam lelaki. Kena kutuk or maki boleh sabar lagi. Hati lelaki memang tak akan jadi macam perempuan. Hati lelaki boleh ke kena mainkan banyak-banyak kali. Mesti tak boleh kan! Rasanya sebab itu lelaki selalu mainkan perempuan sebab tahu perempuan boleh bersabar. Tapi bila tahu yang perempuan dah mainkan korang, bukan main berbisa mulut itu kan. Bukan setakat kutuk perempuan itu tapi siap cerita semua keburukan dia kat semua orang supaya perempuan itu tak akan rasa bahgia sebab dah mainkan hati korang kan. Macam mana kalau perempuan buat macam itu. Mesti merana hidup korang kan. Tak dapat la nak cukupkan kuota kahwin empat! Hahahhahaaa~

No comments:

Post a Comment