THIS STORY ABOUT ME AND HIM! ALL ABOUT OUR LIFE!!

Thursday, August 21, 2014

Rayuan UPU

Assalammualaikum~
agak terkedu tadi bile adik Sha tetibe je cakap "kalau dapat 4 flat pon belum tentu dapat rayuan, keluar kat berita tadi"..
erkkk~
krikk krikkk !!!!
ya Allah, rasenye macam dah putus harapan, mungkin ramai yang cakap pointer macam Sha confirm blh future degree but what happen?? sampai kene apply rayuan lagi.. hahahaa.. nampak tak rezeki setiap orang berbeza, kadang2 tertanya juge , macam mane agaknye pemilihan students untuk future study because mostly yang apply rayuan (ape yang sempat Sha search la) dapat pointer above 3.50.. adakah semua yang terpilih tu dapat 3.50?? huhuuu tak baik kan bersangka buruk.. citttt... think positive.. seperti yang diperkatakan sebelum ni, rezeki semua lain2.. but still not fair untuk students yang study macam nak mati untuk pointer tinggi then tak terpilih pun untuk future degree..
bak kate membe Sha, banyak sangat soal g apply future study kat luar negara.. lagi x banyak kerenah, yang penting duit ada.. yang paling kesian ialah students STPM, diorang yang paling teruk study tapi diorang la yang paling susah dapat masuk IPT.. yang peliknye kadang2 orang tu x apply pon course yang die dapat tapi orang yang mmg apply course yang same x dpt pon.. musyykillll ni.. hahaha
apa apa pun kita tunggu la KEPUTUSAN RAYUAN KELUAR MINGGU KETIGA BULAN SEPT... 
berdoa la.. hanya tu yang mampu..
untuk orang yang x putus2 tanye dapat study mane..ha ni jawapan ea..
"TAK DAPAT PON, SAMPAI KENE APPLY RAYUAN LAGI."
puas hati??
hahahaa tahniah la pada yang dapat, yang x dapat tu sama2 la kita tunggu pinangan orang... hehehheee

salam~

Friday, August 15, 2014

Cinta Pandang Pertama

Assalammualaikum~

ada apa dengan cinta pandang pertama?

cinta pandang pertama terjadi bile pertama kali kita pandang seseorang tu, kita dapat rasa seakan akan ada sesuatu mula menjentik tangkai hati kita macam terkena renjatan elektrik. Bukan dari pertuturan, rupa paras mahupun cara layanan nya terhadap kita tetapi dari pandangan mata ke mata yang membuatkan rasa itu wujud. Mungkin ramai yang salah menganggap cinta berlandaskan nafsu tu cinta pandang pertama. Cinta pandang pertama ni ialah cinta yang amat sukar nak dilupakan dan dipadam dari memori walaupun tidak pernah bersama kerana rasa itu tetap akan sentiasa wujud selagi nafas masih bernyawa. Kadang kala seseorang tu dah banyak kali bercinta tetapi sebenarnye dia masih belum berjumpe cinta pandang pertama kerana semua cinta dia sebelum ni hanya lah untuk suka" dan langsung tidak menyentuh hati dia yang sebenar, lebih kepada hasutan syaitan untuk menghilangkan hati yang sunyi dan sepi.

Jangan menodai perasaan cinta yang sebenar hanya kerana nafsu. Ketahuilah cinta itu sebenarnya suci dan indah andai seseorang tu mengerti dan paham apa itu cinta.

Tanya lah diri sendiri, adakah kita benar cintakan seseorang tu sebelum membuat keputusan seterusnya.
Jangan menghancurkan masa depan seseorang dengan hanya keputusan yang kita buat. 
Keputusan itu tidak melibatkan kita sahaja malah melibatkan hati dan perasaan semua pihak. Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah, kita sebagai hambanya hanya mampu merancang yang terbaik untuk kita.

InsyaAllah ~~

Sunday, January 12, 2014

percintaan


Jika percintaan itu sesuatu yang sangat indah
Sudah pasti ramai yang akan bahagia
Luka dan kesepian itu tidak akan wujud
Namun semua itu hanya mimpi
Cinta itu telah dinodai
Oleh mereka yang tidak mengerti
Akan apa erti sebuah percintaan itu
Mereka tidak layak untuk merasai nikmat percintaan
Tetapi apakan daya
Kita bukanlah seseorang
Yang bisa menilai orang lain
Kita hanya lah hamba Allah
Yang hanya mampu berserah dan berdoa'
Setelah segala usaha dan ketulusan dicurahkan
Untuk menghadapi sesebuah percintaan itu
Sesungguhnya segala yang berlaku
Telah ditentukan olehNya
Allah maha mengetahui apa yang diperlukan oleh hambaNya
Dia tidak akan memberikan sesuatu yang kita inginkan
Tetapi Dia memberikan perkara yang kita paling perlukan
Terutamanya di dalam kehidupan di atas dunia pinjamanNya
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, lindungilah diri ini dari perkara maksiat, hindarilah diri ini dari mencintai seseorang dengan sepenuh hati selain dariMu Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini, syukran kerna memberiku peluang untuk hidup di atas duniaMu yang penuh dengan keindahan ini Ya Allah walaupun untuk seketika, syukran"
~aamiin~

Wednesday, August 21, 2013

haiii

assalammualaikum~
 
HAMBOOOIIIII!! bersawang dah blog sha ni.. pokok menjalar pon dah tumbuh ni..hahahaaa~ mungkin tak berkesempatan nak mengarang ayat bila dah start keje ni.. (Nampak sangat alasan!)
 
entry kali ni pasal RAYA! mungkin tak lewat lagi untuk sha ucapkan SELAMAT HARI RAYA untuk rakan2 sekalian.. kalau sudi datanglah umah, tahun ni tak buat open house la.. my mum say no money no talk.. hahahhaaa~ masih di dalam mood yang tak rajin nak menaip so sha akan tunjuk gambar je la (pemalas!) huhuu~
 
first of all, pic waktu kt yong peng (kg belah mak)


 
 
 
 
 
 
 
 
 
now di muar! (kg belah ayah)
 
 
 

 
 
 



 
 
okay, that's all for this entry.. hehehee raye ni x byk tgkp gmbr la..
SELAMAT HARI RAYA semua
MAAF ZAHIR DAN BATIN
 
assalammualaikum~
 

 

 

Thursday, November 8, 2012

last result !

assalammualaikum.. topic kali ini ialah last result which is means last result for my diploma! now saya tengah tunggu masa untuk praktikal.. praktikal hanya tentukan sama ada saya layak atau tidak nak dapat diploma dan result ini la akan tentukan sama ada saya boleh capai target atau tidak.. kalau nak kejar ANC memang tak dapat la der... 1 sem je dapat dekan =( so hope 1st class je la... genap sahaja pukul 12 tengah malam, malam ini, result akan dihantar ke email dan genap sahaja pukul 9 pagi esok, result boleh disemak di student portal.. seriously, saya tak ready lagi nak tahu final result sebab terlalu banyak kesalahan yang saya tak boleh nak perbetulkan semula.. arghhhh risau risau!!! mungkin ada orang cakap bende dah lepas tu lepas je la... terima je la balasannya~ bende yang lepas tu la yang saya akan kenang sebab bende sangat mempengaruhi masa hadapan saya... dengan result tu la nak tentukan sama ada saya patut sambung belajar atau keje saje... terlalu banyak bende yang bermain dalam kepale otak ni... dengan orang taman yang dok sebok tanye bile nak kahwen... wei tolong la paham.. ramai betol tukang cari jodoh kat taman ni... bila korang umur dah masuk 20 je tapi tak kahwen" lagi mula la semua pakat nak jodohkan dengan anak sape" entah... tension aku... arghhh!!

#moodmelampaulampau!!