THIS STORY ABOUT ME AND HIM! ALL ABOUT OUR LIFE!!

Thursday, July 28, 2011

kecewa sangat

asalammualaikum... Sebenarnye Sha x da nak post apa sangat... just nak post pasal seorang kawan Sha yang amat Sha rindui dan sayangi... tapi Sha tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni Sha terasa seperti diabaikan... mungkin salah Sha... bukan mungkin, memang pun.... Sha masih tak mahir lagi untuk menjadi seorang kawan yang baik apatah lagi patut dicontohi... Sha memang dah biasa dijadikan kawan yang terakhir untuk dipelawa... Sha terkilan dan kecewa sangat tahu tak... kalau tak suka membe dengan Sha pun tak payah la buat macam ni... kalau dah memang benci Sha tak payah langsung tegur or layan Sha... itu tak sesakit apabila sentiasa jadi orang terakhir yang dipilih... 
Sha mintak maaf kalau buat #(andaikan la 2 nama dia ea) terasa... kalau Sha buat ayat sentap, itu bermaksud Sha dah menyampah dengan apa yang # buat... Sha tahu # memang popular dan ramai kawan... tak payah risau # kat mana-mana pun mesti ada orang yang nak teman... Sha tahu Sha cuma sebutir pasir nak dibandingkan dengan # yang bagaikan sebutir mutiara.... Sha kecewa sangat bila nak makan tapi # tak ada orang nak teman baru tanya Sha, "Sha, jom kita g makan."... apatah lagi bila dapat maklumat pasal study or pasal apa-apa yang berkaitan dengan pelajaran, Sha susah sangat nak dapat tahu dari #.... tahu tak Isnin lepas Sha nak sangat pergi Sha Alam ikut program itu tapi Sha takut nanti # akan pergi kelas CSC hari itu sorang-sorang tapi last-last dapat tahu, # dah daftar nama and pergi program itu... so Sha pergi kelas sorang-sorang... thanks sangat sebab buat macam ni... susah sangat ke nak ingat Sha.... Sha layan je semua kerenah # even ada setengah itu Sha tak suka tapi susah sangat ke nak layan kerenah Sha yang tak seberapa ni... u always said yang u single... ok fine... u memang single tapi bila ada guy yang nak kat u, u memilih sangat then sibuk la nak cari guy yang lain... u memang lawa kalau nak dibandingkan dengan i... yela... kulit muka pun licin, bukan macam i ni yang macam permukaan bulan kan... so no wonder la u nak memilih sangat... Sha suka sangat kawan dengan # but please don't make me as the last choice to be your friend okay... i know you will read this... if you hate me because i post all of this, sorry from bottom of my heart... now it's up to you to be friend of me or ignore me like we never and ever meet...
just wanna you to know that i really hurt and disappointed.... thanks for everything.... always miss you....

p/s: sorry if post Sha semuanye mengarut...

Friday, July 22, 2011

memori di tebrau !

malam yang sepi ni tiba-tiba je membuatkan Sha teringat memori-memori waktu kat smk sri tebrau... even 2 tahun je Sha sekolah kat situ tapi sekolah itu paling banyak bagi memori kat Sha... kat situ la Sha baru mengerti apa itu sahabat sejati dan kat sItulah Sha mula bermain-main untuk mengenal cinta monyet... hahahhaha... nama pon budak-budak lagi... Sha rindu sangat korang semua!!!
bila terkenang kadang-kadang Sha rasa cam nak terus je terbang balik jb... kalau la boleh kan... tapi Sha tahu tu mustahil... Sha nak sangat jumpa korang semua kat jb... tapi Sha tahu mungkin ada yang dah lupa kat Sha kan... yelah... nama pon dah 5-6 tahun kita tak jumpa.. kepada sesiapa yang still ingat Sha, thanks sangat-sangat... 
Sha still ingat memori kat 1uitm... first day masuk kelas Sha dah nampak muka yang tak asing lagi bagi Sha... nama dia Alif... tak tahu la mana saja Sha pindah dia mesti ada kat situ... sama je cam sebelum ni waktu kat Sabah... yang tak boleh bla nye kalau satu sekolah je tak pe la... ni siap satu kelas lagi.... disebabkan sha dah lama kenal dia (dari umur 6 tahun kot!) dan dia agak hot la juga (hot ke??), sha terus dijadikan kaunter pertanyaan untuk perempuan berkenalan dengan dia... ceh... yang sha peliknyer, mamat ni serabai je tapi asal ramai yang minat dia... sha yang dah lama membe ngan dia pon tak perasan yang dia hot... hahahhaa... jangan marah ea alif... pape pon sekarang dia dah ada yang empunya...
sha rasa sha still ingat budak dalam kelas 2; adah, eyfa, fath, lin, hafsah, farizan, intan,julia, zakiah, alif, faiz, david,syafiq and ramai lagi... kelas 2 memang active giler... Sha still ingat waktu kelas inggeris... kitorang tak boleh cakap melayu, denda 50 sen and kalau tertinggal buku pun kene denda 50 sen tapi kalau buku teks tak silap Sha kene denda rm1... cukup hujung tahun dah boleh buat jamuan kelas... huhuhu... sha rindu korang semua!!
next year sha dapat masuk kelas up sikit... 2uia... sorry to say sebab kat kelas ni sha jadi pendiam sangat-sangat... sha dulu tak reti nak bergaul... macam-macam cara diorang buat nak borak ngan sha tapi sha cuma boleh borak dengan orang yang dah lama sha kenal... sha nak cakap sorry kat am, azizah, alia, rosetina, huda, julia, and semua budak kelas 2uia tahun 2006... sha memang nak sangat lepak ngan korang tapi sha takut nak berkawan... sha tahu kadang-kadang perangai sha buat korang menyampah... sorry sangat-sangat... sha teringin sangat nak jumpa korang and buat reunion ngan korang... hopefully one day we all can meet...
sepanjang tulis post ni... tak tahu bape banyak tisu dah guna nak lap air mata... sha memang rindu sangat korang semua... SAYA, NOR ANIRA NATASHA RINDU SEMUA MEMBE SMK SRI TEBRAU WAKTU TAHUN 2005 DAN 2006 !!!

Tuesday, July 19, 2011

truly...


before this Sha tak penah pon ambil pusing pasal quote ni but now i'm realize. it's means something for me and it was something i wanna say but never out from my mouth... 
read and think by yourself...


then, i try to not fall in love again b'cause love hurts me and always make my day with tears... i try to denied that, i try to smile even my heart really hurt... i try to speak normally even my mouth can't stop say your name... i try to focus study for exam even my mind always think about you.. that's time was really hard for me... with a supported from my truly friends and my parents, i still can get the best result in final examination...


then, someone comes to my life... even he know that i had close my heart, he still keep waiting and give me time... never force me to accept his love... at that time, i still hoping that 'he' will love me... but i have my time too... time for 'him' has ended... finally i accept a new life with a new hope... he always protect me and never shame to introduce me to his friend or his family.... he always asking me when he can meet my family... when he wanna asking me out, firstly, he will asking my parents for permission...

i will love him more than he know ! thanks for everything....

Monday, July 11, 2011

Ampunkan Hambamu Ini

hinanya diri ini
tanpa pernah menyesali
busuknya hati ini
kerna mengabaikan-Mu

hanya Engkau yang satu
daku milik-Mu abadi
ampunkan segala dosa-dosaku
hanya Engkau yang Maha Pengampun

bukakanlah pintu hati ini
terangilah semua jalanku
bimbinglah hati ini
hanya untuk mengEsakan Allah SWT

wahai Tuhanku
bantulah hambamu ini
supaya tidak semakin sesat
di dunia yang penuh liku ini

Sunday, July 10, 2011

tanda sayang !

air mata terus mengalir tanpa ingin berhenti
seakan-akan mengerti hati ini
walaupun sering terluka dan dilukai
hati ini seolah-olah tidak penat untuk dilukai lagi

andai diri ini kesakitan
dirimu tidak mungkin ku maklumkan
daku terlalu menyayangimu
sehingga tidak sanggup membuatmu kerisauan

andai diri ini kepenatan
tidak akan ku tunjukkan
kerna hati ini ingin selalu
menemanimu malam dan siang

andai diri ini akan pergi dahulu
daku akan membenarkan
diri ini digantikan dahulu
agar dikau tidak kesunyian tanpa diri ini...