THIS STORY ABOUT ME AND HIM! ALL ABOUT OUR LIFE!!

Tuesday, December 6, 2011

must SHARE !!!

i think i need to share this... sharing is caring right ! hope blh jd pengajaran bersama k ! =)

1. penipuan yang paling dahsyat adalah apabila kita sibuk melihat dan memperkatakan kesalahan orang lain. tanpa sedar sewaktu kita sibuk melihat keaiban orang lain, kita sudah tentunya tidak sempat melihat cela, salah dan kelemahan diri sendiri.

2. hasad dengki mencabut ketengangan dan kerehatan dalam hati kerana sibuk memikirkan tentang kelebihan yang dimiliki orang lain. ia juga menghilang rehat tubuh kerana seseorang itu akan berusaha menghilangkan kelebihan yang ada pada orang lain.

3. perbuatan mengumpat ialah refleksi kepada kotoran hati dan seburuk-buruk sikap menilai dan cara perhubungan negatif dengan manusia. sekiranya kita berjaya meninggalkan perbuatan ini Allah menjanjikan kasih-Nya.

4. menjadi manusia yang efisien bermula dari cara kita melihat, menilai dan bertindak terhadap kehidupan dunia dan akhirat.

5. sering merungut tentang harapan dan permohonan yang dipohon kepada Allah agar dikabulkan tetapi tidak pernah berfikir tentang titah perintah Allah yang tidak dilaksanakan.

ni je yang dapat Sha share setakat ni. semua ini pengajaran yang boleh korang dapat dari buku U-TURN KE JALAN LURUS.. tak habis lagi Sha baca tapi buku ni banyak mengajar Sha. thanks pada MULYANIE MAHYUDIN sebab sudi bagi Sha baca buku ni. sangat berbaloi untuk dibaca apatah lagi jika kita sedang dirundung masalah. InsyaAllah, Allah selalu bersama kita bila kita di dalam kesusahan. semuanya terserah pada kita sama ada memilih jalan yang lurus mahupun serong. pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambanya yang ingin bertaubat. Amin~

No comments:

Post a Comment