THIS STORY ABOUT ME AND HIM! ALL ABOUT OUR LIFE!!

Sunday, April 10, 2016

untuk DISANA

Indah melihat kebahagian mereka
Gembira bila dia tersenyum
Namun jauh di sudut hati
Mengharap aku disampingnya

Perit untuk dilalui
Sakit bagai torehan
Sekadar untuk kau tersenyum
Sekadar untuk kau gembira

Mudah janji diukir
Senang janji dimungkiri
Mudah untuk menyanyangi
Senang untuk dikhianati

Jagalah hatinya
Perliharalah jiwanya
Jagalah senyumannya
Perliharalah bahagianya

Jangan sakitinya seperti ku
Jangan lukainya seperti ku
Jangan khianatinya seperti ku
Jangan tinggalkannya seperti ku

Friday, April 24, 2015

cit cat cinta 13 !!

semalam yang suram
hanya lah semalam
hari ini yang indah
hanyalah hari ini

seandainya kita bersama
esok yang menentukan 
ketulusan dan kekuatan
cinta hati kita bersama

tidak pernah dugaan tiada
cabaran yang melanda
bersama mengharungi
andai tersurat jodoh kita

tidak pernah meragui
tidak pernah mengkhianati
tidak pernah menduakan
cinta hati kita bersama

saling mempercayai
saling mencintai
saling menyayangi
kunci cinta hati kita

andai ini jodoh kita

Tuesday, January 6, 2015

Cinta Yang Terakhir

Assalammualaikum~

Entry yg lepas ada menceritakan tentang cinta pandang pertama. Sekarang terlintas pula nak cerita tentang cinta terakhir bak lagu aiman tu. Cinta terakhir ini la yang tiada tandingannya. Setiap wanita mengimpikan untuk menjadi cinta terakhir seseorang. Cinta pertama tu dikira sebagai bonus. Tetapi kalo awak banyak madu, tu tak di kira sebagai cinta terakhir. Huhuuu~ cinta terakhir ini la yang akan dibawa sampai ke mati dan insyaAllah sampai ke syurga.

Cinta terakhir mempunyai satu perasaan yang mana hati kita merasakan seperti tidak dan tak mungkin akan terbuka untuk orang lain. Zaman mencari dah lama berakhir bila hati kita sudah terkunci untuk si dia sahaja. Bila kita memandang ke dalam mata dia, kita yakin hanya dia yang akan menerangi dan menemani sepanjang jangka hayat kita di dunia ini. Anda tidak akan mengambil masa yang lama malah memberi pelbagai alasan untuk mengikat dia ke jalan yang halal. Jika anda belum sampai ke tahap ini, anda mungkin belum berjumpa lagi dengan jodoh anda dan mungkin cinta terakhir anda.

InsyaAllah, Allah mempunyai perancangan untuk setiap hamba-hambanya. Hanya masa yang membezakan segala-galanya.


Bersabar la wahai sahabat.

Friday, August 22, 2014

cit cat cinta 11

bertemu denganmu suatu keindahan
yang tidak mampu ku ungkapkan
mengenalimu kebahgiaan untukku

tutur kata dan tingkah laku mu
menambat hati ku ini
rupas paras mahupun harta
tidak mungkin mampu menandingi

tiada kata-kata
tiada pujuk rayu
tiada kemewahan
yang mampu mengalahkan dirimu

hati ini tertutup rapi
untuk insan lain yang menghampiri
hati ini akan sentiasa setia
selagi belum pernah dihancuri

Thursday, August 21, 2014

Rayuan UPU

Assalammualaikum~
agak terkedu tadi bile adik Sha tetibe je cakap "kalau dapat 4 flat pon belum tentu dapat rayuan, keluar kat berita tadi"..
erkkk~
krikk krikkk !!!!
ya Allah, rasenye macam dah putus harapan, mungkin ramai yang cakap pointer macam Sha confirm blh future degree but what happen?? sampai kene apply rayuan lagi.. hahahaa.. nampak tak rezeki setiap orang berbeza, kadang2 tertanya juge , macam mane agaknye pemilihan students untuk future study because mostly yang apply rayuan (ape yang sempat Sha search la) dapat pointer above 3.50.. adakah semua yang terpilih tu dapat 3.50?? huhuuu tak baik kan bersangka buruk.. citttt... think positive.. seperti yang diperkatakan sebelum ni, rezeki semua lain2.. but still not fair untuk students yang study macam nak mati untuk pointer tinggi then tak terpilih pun untuk future degree..
bak kate membe Sha, banyak sangat soal g apply future study kat luar negara.. lagi x banyak kerenah, yang penting duit ada.. yang paling kesian ialah students STPM, diorang yang paling teruk study tapi diorang la yang paling susah dapat masuk IPT.. yang peliknye kadang2 orang tu x apply pon course yang die dapat tapi orang yang mmg apply course yang same x dpt pon.. musyykillll ni.. hahaha
apa apa pun kita tunggu la KEPUTUSAN RAYUAN KELUAR MINGGU KETIGA BULAN SEPT... 
berdoa la.. hanya tu yang mampu..
untuk orang yang x putus2 tanye dapat study mane..ha ni jawapan ea..
"TAK DAPAT PON, SAMPAI KENE APPLY RAYUAN LAGI."
puas hati??
hahahaa tahniah la pada yang dapat, yang x dapat tu sama2 la kita tunggu pinangan orang... hehehheee

salam~

Friday, August 15, 2014

Cinta Pandang Pertama

Assalammualaikum~

ada apa dengan cinta pandang pertama?

cinta pandang pertama terjadi bile pertama kali kita pandang seseorang tu, kita dapat rasa seakan akan ada sesuatu mula menjentik tangkai hati kita macam terkena renjatan elektrik. Bukan dari pertuturan, rupa paras mahupun cara layanan nya terhadap kita tetapi dari pandangan mata ke mata yang membuatkan rasa itu wujud. Mungkin ramai yang salah menganggap cinta berlandaskan nafsu tu cinta pandang pertama. Cinta pandang pertama ni ialah cinta yang amat sukar nak dilupakan dan dipadam dari memori walaupun tidak pernah bersama kerana rasa itu tetap akan sentiasa wujud selagi nafas masih bernyawa. Kadang kala seseorang tu dah banyak kali bercinta tetapi sebenarnye dia masih belum berjumpe cinta pandang pertama kerana semua cinta dia sebelum ni hanya lah untuk suka" dan langsung tidak menyentuh hati dia yang sebenar, lebih kepada hasutan syaitan untuk menghilangkan hati yang sunyi dan sepi.

Jangan menodai perasaan cinta yang sebenar hanya kerana nafsu. Ketahuilah cinta itu sebenarnya suci dan indah andai seseorang tu mengerti dan paham apa itu cinta.

Tanya lah diri sendiri, adakah kita benar cintakan seseorang tu sebelum membuat keputusan seterusnya.
Jangan menghancurkan masa depan seseorang dengan hanya keputusan yang kita buat. 
Keputusan itu tidak melibatkan kita sahaja malah melibatkan hati dan perasaan semua pihak. Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah, kita sebagai hambanya hanya mampu merancang yang terbaik untuk kita.

InsyaAllah ~~

Sunday, January 12, 2014

percintaan


Jika percintaan itu sesuatu yang sangat indah
Sudah pasti ramai yang akan bahagia
Luka dan kesepian itu tidak akan wujud
Namun semua itu hanya mimpi
Cinta itu telah dinodai
Oleh mereka yang tidak mengerti
Akan apa erti sebuah percintaan itu
Mereka tidak layak untuk merasai nikmat percintaan
Tetapi apakan daya
Kita bukanlah seseorang
Yang bisa menilai orang lain
Kita hanya lah hamba Allah
Yang hanya mampu berserah dan berdoa'
Setelah segala usaha dan ketulusan dicurahkan
Untuk menghadapi sesebuah percintaan itu
Sesungguhnya segala yang berlaku
Telah ditentukan olehNya
Allah maha mengetahui apa yang diperlukan oleh hambaNya
Dia tidak akan memberikan sesuatu yang kita inginkan
Tetapi Dia memberikan perkara yang kita paling perlukan
Terutamanya di dalam kehidupan di atas dunia pinjamanNya
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, lindungilah diri ini dari perkara maksiat, hindarilah diri ini dari mencintai seseorang dengan sepenuh hati selain dariMu Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini, syukran kerna memberiku peluang untuk hidup di atas duniaMu yang penuh dengan keindahan ini Ya Allah walaupun untuk seketika, syukran"
~aamiin~

Wednesday, August 21, 2013

haiii

assalammualaikum~
 
HAMBOOOIIIII!! bersawang dah blog sha ni.. pokok menjalar pon dah tumbuh ni..hahahaaa~ mungkin tak berkesempatan nak mengarang ayat bila dah start keje ni.. (Nampak sangat alasan!)
 
entry kali ni pasal RAYA! mungkin tak lewat lagi untuk sha ucapkan SELAMAT HARI RAYA untuk rakan2 sekalian.. kalau sudi datanglah umah, tahun ni tak buat open house la.. my mum say no money no talk.. hahahhaaa~ masih di dalam mood yang tak rajin nak menaip so sha akan tunjuk gambar je la (pemalas!) huhuu~
 
first of all, pic waktu kt yong peng (kg belah mak)


 
 
 
 
 
 
 
 
 
now di muar! (kg belah ayah)
 
 
 

 
 
 



 
 
okay, that's all for this entry.. hehehee raye ni x byk tgkp gmbr la..
SELAMAT HARI RAYA semua
MAAF ZAHIR DAN BATIN
 
assalammualaikum~
 

 

 

Thursday, November 8, 2012

last result !

assalammualaikum.. topic kali ini ialah last result which is means last result for my diploma! now saya tengah tunggu masa untuk praktikal.. praktikal hanya tentukan sama ada saya layak atau tidak nak dapat diploma dan result ini la akan tentukan sama ada saya boleh capai target atau tidak.. kalau nak kejar ANC memang tak dapat la der... 1 sem je dapat dekan =( so hope 1st class je la... genap sahaja pukul 12 tengah malam, malam ini, result akan dihantar ke email dan genap sahaja pukul 9 pagi esok, result boleh disemak di student portal.. seriously, saya tak ready lagi nak tahu final result sebab terlalu banyak kesalahan yang saya tak boleh nak perbetulkan semula.. arghhhh risau risau!!! mungkin ada orang cakap bende dah lepas tu lepas je la... terima je la balasannya~ bende yang lepas tu la yang saya akan kenang sebab bende sangat mempengaruhi masa hadapan saya... dengan result tu la nak tentukan sama ada saya patut sambung belajar atau keje saje... terlalu banyak bende yang bermain dalam kepale otak ni... dengan orang taman yang dok sebok tanye bile nak kahwen... wei tolong la paham.. ramai betol tukang cari jodoh kat taman ni... bila korang umur dah masuk 20 je tapi tak kahwen" lagi mula la semua pakat nak jodohkan dengan anak sape" entah... tension aku... arghhh!!

#moodmelampaulampau!!


Monday, October 22, 2012

erkk~

hurmmm.. hati mula kembali menjadi berbelah bagi sama ada untuk meneruskan perhubungan ini ataupun tidakk.. di saat aku mula memberi kepercayaan kepadamu semula, disaat itu la dikau mula membuat onar.. salahkah diri ini...? apa lagi kekurangan diri ini..? segala perbuatan ku dikau pertikaikan tetapi mengapa dikau sukar untuk menerima teguran ku? perhubungan kita ini sebenarnya di ibaratkan bagai retak menanti belah.. memang benar diri ini sukar untuk membencimu apatah lagi melepaskan dikau tapi bukan ini balasan yang harus dikau berikan... rakan-rakan ku pernah berkata, mungkin disebabkan yang dikau mula sedari bahawa diri ini tidak akan pernah selingkuh apatah lagi meninggalkan mu dan itu membuatkan dirimu berani melakukan ini semua.. fahami la... andai dikau bukan jodohku, Allah pasti akan melakukan segala cara yang ada untuk memisahkan kita, dan jika benar dikau jodohku, aku memohon andai Allah membuka pintu hatimu...
hanya itu pintaku~ biarlah masa yang menentukan segalanya...
jangan kurung daku di penjara hatimu semata-mata untuk memepertahankan egomu..
 
#maaf sebab agak emosi dalam post ini..
assalammualaikum~
 


Friday, October 19, 2012

summary semester 5 !

assalammualaikum rakan" Sha ! kalau bukan rakan ? erkkkk ~ salam untuk semua la... like u can see from the topic that i would like to share is summary of semester 5 life.. hahaha~ lintang pukang grammar Sha, balun la... nak kene practice ni sebab nak ambil MUET.. ngeee~
first week start sems:
ahli kelas yang makin berkurang (bawah 20 orang).. tak terkejut pun sebenarnye selepas apa yang berlaku pada semester" yang lepas.. the best part is bile ahli yang tinggal tu sangat" la sporting.. like usually, mesti la ada 'bad attitude/person/s' in class... tak nak refer kat sape" but mungkin ahli kelas Sha akan paham la sape orang" tu...
bad memories:
bile pembahagian kumpulan je Sha ngan Aza akan same group dengan orang" tu.. dia marah Sha sebab Sha report ngan lecturer yang dia tak buat kerja.. dia cakap Sha yang tak nak bagi dia kerja.. EXCUSE ME ! bile Sha ngan Aza nak buat perbincangan group untuk assignment or anything that related to our group, waktu tu la ada konvoi...! tell me which weekend or day that you both don't have any plan... bile mintak maklumat, nanti la kitorang bagi... please la ! dah sems 5 pun tak kan nak buat kerja last minute!! tak pernah nak tanya or ambik tahu ke apa yang dah jadi kat semua assgnment yang kitorg buat.. ada bayar duit print or photostat ke untuk semua assignment which is more than 3 digit okay! memang kitorang print or photostat tu pakai air liur je... untuk maklumat, kitorang dapat duit belanja RM100 only from 1 month but u guys?? first person ni dapat RM200 untuk 2 minggu and another person every weekend dapat RM50.. so?? sape kaya??? Sha paling tak suka kalau orang dah mula berkire harta dengan kawan so macam ni la jadinya.. for sure that Sha akan berkire semua bende yang Sha dah buat kat orang" tu.. its up to reader's or them nak cakap Sha apa" because I DON'T CARE anymore.. cakap tak ada duit tapi everyday and time makan kat luar, pantang ada free time pusing 1 malaysia, memang tu cara orang tak ada duit ke?! maaf sebab terluahkan kemarahan kat sini.. okay let move on~
best memories:
semester yang sangat menyeronokkan sebab Sha rasa yang kami semakin rapat yang mana dah 1 group ngan Sha dari semester 1... dah tahu perangai yang baik mahupun tak... banyak sangat memori yang Sha tak akan dapat lupakan dengan mudah... terlalu banyak sampai tak boleh nak dirungkaikan dalam tulisan... saling bantu membantu disaat seseorang itu memerlukan pertolongan, sudi meminjamkan bahu untuk bersandar, meminjamkan telinga untuk mendengar masalah sahabat, meringankan mulut untuk nasihat yang sangat" berguna dan berharga, berjalan seiringan, berdiri sama tinggi.. ='( TERHARU ! ilmu dikongsi bersama, pengalaman dinikmati bersama~ mungkin selepas graduate ni kita semakin sukar untuk berjumpa. apatah lagi kita akan berpisah.. be strong and good luck untuk rakan" yang bakal memulakan practical awal bulan 12 nanti and never give up and do the best untuk rakan" yang ada kelas tambahan untuk semester hadapan... rakan" yang baik sentiasa mendoakan yang terbaik untuk rakan"nya...
 
conclusion:
amboi siap ada conclusion lagi.. hehe~ thanks guys for the bad and goods/best memories ever.. semua itu la yang telah mematangkan Sha untuk menempuhi kehidupan di dunia sementara ini... Sha bukan insan yang sempurna yang mana memerlukan bimbingan dan sokongan daripada insan" lain agar tidak lari dari landasan Allah... terlalu banyak dosa yang telah dilakukan~ mungkin sekarang masanya untuk berubah.. tidak pernah ada istilah terlambat untuk seseorang itu berubah.. =( thanks sangat" sebab dah sedarkan Sha waktu sedar mahupun tak sedar...
 
thanks to those persons:
Norhazahasikin bt Rahim
Farah Amira bt Yacob
Syafiqah Ezzati bt Isamuddin
Norhayati bt Sadri
Nurazwani bt Jalil
Muhammad Azuwan b. Jali
Siti Nurfarhanim bt Sarani
Zainatul Zuhairah bt Zainal Abidin
Hamiza bt Hamidon
Noraqilah bt Azis
Nurafidah bt Abu Hassan
Nurfarahin bt Indrawarman
Nuramirah Hani bt Husin
(sorry kalau ada tersalah spelling nama) =)
lagi 2 persons? oppsss! tibe" lupe name diorang..
 
ada Sha kesah ? !
 
wasalam =)


Wednesday, September 26, 2012

friendships??

hye everyone... wah dh sangat" lama tak on blog ni... busy with my class... ari sabtu ngan ahad pon ada class... currently done with our business plan and presentation business plan... ketaq lutut wa cakap sama lu waktu nak present tu... dh la dua org je yg present... group lain pon pling min 3 orang taw.. biasa la ... tak semua orang suka bagi kerjasama... lagi dua orang ahli kami x dapat nak dikesan sewaktu presentation... dh la waktu wat business plan pon macam nak niat repeat next sem.. x paham betol la... kalau terasa nak extend, tolong jangan bawa saya sekali... i hate subject yang kene banyak baca but at least i try my best to done our business plan... i know u are smart but blh x jgn nk cakap gebang je... aku penat nak dengar kau cakap besar tapi sekelumit debu pon x da hasil... thanks to haza because always by my side to done this BP... you are the best groupmate i ever had... tak lupa juga thank to hamraz, as118 5b1 (tak termasuk 2 manusia tu), aina, group a1 yg sudi tlg ckit n insan2 yg telah  membantu kami secara langsung mahupun tak... seriously, buat business plan by 2 person sangat memeritkan.. keje tu jd last minute bila 2 manusia tu tak terfikir pon nak buat bahagian mereka... lastly, i have to cover general, marketing and financial plan... killlleeeerrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!! 2 days non sleep only to finish business plan... haza cover administration and operation plan...last day non sleep, manusia tu boleh lalu je depan kitorg tanpa nak tanya, nape korang tak tido? business plan dh siap lom? yang dia tahu buat ialah breakfast for her boy which is manusia lagi satu... did she know that business plan and presentation had been my nightmare...? that's why i can't sleep.. when i close my eyes, all the words in business plan will dancing in my eyes... i can't eat, i can't move and even i can't talk because i afraid i will waste my time to do all that thing... what she do all the time haza and i done business plan, she just hangout, lunch, dinner, movie, karaoke, have fun with her boy... what the??? maaf di atas kekasaran ayat yang berlaku... mungkin kami boleh bertahan tapi sampai bila?? terlalu lama saya berdiam dan tahan semua kerenah dia.. cakap besar, takbur, memperlekehkan orang... macam la saya tak tahu yang dia ada citer buruk pasal saya... no wonder la tak ada orang yang berani rapat dengan kamu.. even your bff pon kamu boleh cakap macam"... sampai bila nak wat perangai macam tu.. final pon next week kan... if 2 manusia tu terbaca ni, its better because i know that u 2 was hard to accept what people say about you both.. i'm glad that don't have any group assignment with you both... believe, get a groupmate like u 2 make me feel like h***!!! maaf di atas kekasaran ayat lagi... saya memang rasa patut luahkan ni... maybe korang marah sebab kami tukar produk but believe me kalo kte stick ngan produk tu mmg x siap2 la business plan kte... baru mintak information sikit pon sampai sekarang tak dapat2... dh dua bulan lebih kot...!! memang susah ke nak bagi kerjasama.. maaf la kalau kami ada terkacau masa yang sepatutnya korang hang out... werkkkkk~!!! last sem yang sangat memeritkan.. ingat sem 2 and 3 yang paling perit but this is the worst persons i ever meet... sorry...
 
thanks to all people yang sudi tolong kami... seriously, kami sangat" terharu... mengalir air mata kalau kenangkan balik... terharu sangat"....  we think that we don't have anyone but the truth is we have all of u friends... muahhhh~ thanks thanks thanks!!!!!! the result tu lain citer... yang penting is friendships... maaf kalau tasha n haza banyak menyusahkan korang semua... bukan niat kami... good luck for final examination which is just around the corner... do your best... believe me there is always a truth friend, he/she will inspired u and give u strength when u just think to give up... Allah always by our side... Dia tahu kekuatan hambanya untuk menghadapi segala ujian.. kepercayaan tu sangat penting... senyuman la dapat mengubat hati yang sedih... bila bangun tido tengok diri kat cermin and say that saya kuat dan tabah untuk hadapi  hari ni sambil tersenyum pandang diri kat cermin... mungkin bende ni nampak remeh tapi ni la yang tasha selalu buat... =)
 
good luckk!! 

Saturday, July 7, 2012

cit cat CINTA 12 !

kenangan
tidak selalunya ceria
malah tidak selalunya suram
kadang-kala ia mengajar kita
erti sebuah kehidupan
kehidupan tidak memberi makna
tanpa suka dan duka
tanpa ketawa dan air mata
kebahgiaan diimpikan
air mata menjadi teman yang setia
seumpama kain putih
bagaikan menanti setitik warna
jatuh menitis di atasnya
menjadi corak yang abadi
kenangan bagaikan memori kehidupan kita
menyimpan segala khazanah hidup
dan liku-liku kehidupan manusia
di dunia yang sementara ini
hanya amalan dan iman sahaja
bisa menemani kita
menjalani kehidupan di dunia sebenar nanti

cit cat CINTA 11 !

pandanglah daku
renunglah ke dalam mataku
hatiku ini bergetar hanya untukmu
mengapa hatimu masih ragu-ragu?

cukuplah penderitaan ini
hentikanlah menipu diri ini
hati ini masih celik
bisa melihat semua dustamu

tidak pernah terdetikkah dihatimu
akan hati dan perasaanku?
daku tidak seperti dirimu
begitu mudah berpaling tadah

bebaskanlah diri ini
dari penjara cintamu
diri ini semakin lemah dan lelah
untuk mengikut retak dustamu!

cintaku tidak beerti untukmu
andai dikau masih meragui
sayagku bukan lagi padamu
andai insan lain bertahta di hatimu



cit cat CINTA 10 !

wahai hatiku
maafkan diri ini
kerna tidak bisa
melindungmu dari terus terluka

fikiranku makin celaru
bila hadirnya sudi menyinariku
terasa bagai dibuai mimpi
namun sangsi turut mengiringimu

dirinya seumpama bintang
tidak pernah jemu menemani bulan
walaupun awan melindunginya
masih tegar melemparkan cahayanya

daku diumpamakan bulan
indah dilihat dimatanya
hanya diri ini yang menyedari
kecantikan sebenar diri ini

cantik di luaran tidak memberi erti
andai tidak mengambil berat
akan kecantikan dalaman yang utama
hanya ikhlas dan jujur tulus  melihatnya



location: makmal tekstil uitm shah alam... (strength a bundle of fibres)...

sorry sbb grammar a.k.a. tatabahasa agak lintang pukang..


cit cat CINTA 9 !

maafkan diri ini
bukan ini yang ku inginkan
bukan ini yang ku idamkan
mungkin ini yang terbaik

ku sedar dirimu terluka
buat terakhir pintaku
fahamilah hati ini
lukaku tiada penawar berbandingmu

diriku tidak pernah rela
merebut hatimu untukku
andai dikau telah menutupnya
untuk insan yang lebih dikau sayangi


p/s: dh lama buat tapi baru terlintas nak post.. untuk someone yang dah tak mahu memandang wajah ini apatah lagi memanggilku 'sahabat'!

Friday, June 8, 2012

ari pernikahan paksu!

majlis ini berlangsung pada 02 may 2012 di masjid area kukup, pontian selepas solat jemaah fardu isyak!

paksu den.. before majlis bermula..

ni la maksu den.. tersenyum lps dengar tok kadi tu wt lawak.. haha~

dengan sekali lafaz, smuanyer selamat.. alhamdulillah..

 semoga kekal ke anak cucu!! amin~

penyerahan mas kawen!

penyerahan wang hantaran! cer teka bape hantaran dia.. heheheee~

hantaran pihak perempuan.. ada sembilan dulang.. 1 dulang lagi sha x tw kat ner.. heheheee~ sebab tu ada lapan je dalam gambar..

ni la hantaran dari pihak pengantin lelaki.. ada tujuh dulang... hehehheee

tu je kot gambar yang boleh sha kongsi... gambar pada majlis walimatul urus?? nantikan ye.. hehehee
assalamualaikum~!

Wednesday, June 6, 2012

majlis perkahwinan paksu dan maksu!!

hye~ ni baru sahaje balik dari kampung.. 1 week stay kat muar and 2 days 1 night stay kt yong peng plak... ada ap kt muar yer?? hehehee~ my paksu nak kahwin.. in 1 day kitorang menyiapkan semua hantaran... hantaran dah sedia cuma belum dihias lagi... alhamdulillah... hasil ke'kreatif'an semua saudara, hantaran tu nampak mewah!~ nikahnyer pada 27 may 2012 lepas isyak di masjid kukup, pontian.. majlis yg sederhana di mana hanya dihadiri oleh sanak saudara dan kawan2 yang rapat di kedua-dua pihak.. bagaimanapun majlis ini turut disempurnakan oleh para jemaah yang hadir ketika solat isyak itu.. hanya dengan sekali lafaz sahaja paksu saya telah bergelar suami kepada hamimah iaitu maksu saya la... hehehee~ comel sangat dua2.. tergambar kegembiraan di muka masing2... rasa sangat2 terharu.. selepas selesai majlis ini pihak lelaki terus bergerak ke rumah pihak perempuan yang tidak berapa jauh dari masjid itu... kami disambut seperti keluarga sendiri.. langsung tidak terasa janggal... seterusnya majlis tepung tawar dan sesi fotografi diteruskan... tibe2 rase nak kahwin plak.. hahahahhaaaa~ sabar2.. lagi bape tahun je Sha oii... hehehee~ malam tu kami berehat di rumah sewa pengantin lelaki yang berdekatan dengan kawasan tu... malam tu juga ribut telah melanda dan khemah pengantin runtuh... bagaimanapun, khemah pelamin sempat diselamatkan...esoknyer lpas zohor kami bergerak ke rumah pengantin perempuan untuk majlis walimatul urus pula.. hehehheee... pelamin yang sangat indah... kelihatan seperti tiada apa2 yang melanda malam tu.. cuma karpet je la terase basah.. heheheee~ nanti gambarnyer di post yang lain pula taw...

selesai majlis di rumah perempuan, seminggu kemudian majlis dijalankan di rumah lelaki pula... muar.. pada 03 june 2012.. agak busy juga semua saudara sampai pukul 1 atau 2 pagi baru tidur.. rumahnyer telah dibesarkan.. alhamdulillah, cukup untuk menampung semua saudara yang bermalam untuk memeriahkan majlis itu lagi.. ada 1 pagi tu tiba2 paktam sha panggil and cadang nak buat pelamin untuk berzanji and cukur jambul (anak adik makcik sha)... dengan hanya berbekalkan kain dan bunga2 yang ada ketika itu je, 1 pelamin berjaya didirikan... hehehehee~ not bad... pelamin ni dalam rumah n pelamin untuk sanding bawah khemah... bahagian makanan pula, penduduk kampung ramai2 rewang dan membantu mana-mana yang patut... hari jadinya majlis ini, kami saudara mara dan tuan rumah langsung tak dibenarkan ke dapur oleh orang kampung... heheheheeee~ kami hanya duduk di rumah atas dan menyediakan apa yang patut sebelum majlis.. alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna... malam berzanji tu kan pengantin perempuan kene mengaji dan sangat merdu maksu sha mengaji!!! terpaku seketika... suke sangat2 dengar... oh yaaa~ lupa nak cerita pasal pengapit pula.. hehehehee~ pengapit mereka ialah students maksu sha (kalau tak silap la).. students spm... dua2 sangat comel!!!! semua orang tak abes2 mengusik pengapit... ada 1 gambar di mana pengapit kene jadi pengantin dan pengantin kene jadi pengapit... hehehehhee~ suke sangat2... tapi sha x sempat nak ambik gambar tu la... maaf... mungkin ada banyak lagi yang sha tak kongsi.. yang pasti gambar2 nye akan di upload di post yang lain k... nanti kan... hehehehehee~ mak saya nak kahwin!!!! hahahahhaaa~ menggatal!!

salam..~ 

Wednesday, May 23, 2012

conference textiles!!

assalamualaikum~
apa khabar kawan"ku yang comel" and hensem"? hehehee~ entry kali ni Sha akan ceritakan pengalaman Sha sewaktu join world conference textiles kat Concorde Hotel Shah Alam.. agak lambat update entry ni sbb events ni pada 16 and 17 yang lepas.. mood nak ber'blogging' baru ada kan.. ngeee~ Alhamdulillah, Sha dapat join events ni atas tajaan Textile Institute.. kalau tak, kene bayar fee sebanyak RM500.. mane den nak cekau duit plak kan..


pengalaman yang sangat mengujakan terutama apabila dapat berjumpa ngan Jimmy Choo!! wahhh!!! jangan jelous! heheheee~ for those yang tak kenal Jimmy Choo, meh den kenalkan secara ringkas sahaja ya.. kalau nak tahu juga, ringan"kan lah tangan anda search kat mak cik Google k.. Jimmy Choo ialah seorang yang sangat terkenal dengan design kasut cantik. beliau telah memperkenalkan kasut tumit lelaki yang mana tidak melebihi 1 1/2 inch (kalau tak silap saya la).. kasut yang beliau design sangat lawa dan cantik malah ada unsur" tradisional cina diselitkan. kasut yang di design oleh beliau menjadi pujaan dan idaman hampir setiap perempuan.. heheheeee~ banyak plak cakap pasal Jimmy Choo.. meh den kongsi gambar sikit...

me with jimmy choo!!


 with my seniors.. thanks sbb sudi layan kami yang masih muda dalam dunia textiles! love u all!!

dalam banyak" research yang dibentangkan, sha paling tertarik dengan ' degradable behaviours of PLA nonwovens by UV-ray irradiation' : presenter from korea (PhD student), 'simulation of warp tension for high speed looms' and '3D woven structures and their manufacturing technologies'. bagi Sha memang rugi siapa yang mencari alasan tak nak join conference ni (utk textiles la).. heheheee~ pengalaman yang tidak boleh diluahkan dengan kata".. terlalu bnayk ilmu yang Sha perolehi terutamanya untuk subject sem depan.. Alhamdulillah! bersyukur sangat.. hanya dengan essay yang tak seberapa tu, boleh join conference ni.. hey! i also know one lecturer from new zealand.. she is so friendly.. sangat seronok sebab dapat kenal dengan dia.. dia juga ada membantu kami untuk lebih paham dalam certain topics...

me with Cik Qila Azis.. dalam conference tu macam kami berdua je yang muda sebab dari diploma.. yang lain semua dah degree.. heheheee~
i think that's all from me! thanks for lend your eyes and mind to read my entry.. =)
assalamualaikum~



Tuesday, May 22, 2012

about them!

hye everyone!! beberape ari yg lpas mak Sha keluarkn balik smua kenangan lama dia ngan ayah a.k.a. surat cinta.. wahhhhh~ excited gler nak baca taw.. ayah bukan main lagi dok selongkar bilik sebab takut mak bagi anak-anak dia baca.. but smua taw kan, lelaki bukannya orang yang senang nak cari barang walaupun depan mata dia... surat2 tu semua sedangkan dalam beg tangan dekat tempat beg je,.. x tersembunyi pun.. ngee~ mak cakap bila sampai umur yang sesuai baru dia bagi baca and that suppose to means, now! hahahhaaa~ x sangka ayah Sha jiwang leleh kot.... terharu sangat2 bila baca semua tu.. yang sangat x boleh bla, ayah Sha antar 3 surat kat mak Sha then barulah dia dapat 1 balasan surat.. tu pon x sampai 1 muka surat... hehehehee~

sha tertarik dengan 1 sajak yang ayah wat untuk mak waktu birthday mak.. tak da la macam sasterawan negara but it still something yang indah dan menarik.. ni sajak nyer~

Hari ini
                Ku berkhayal
                Bersamamu
                Ingati detik lalu
                Yang penuh kenangan
Hari ini
                7 julai muncul lagi
                Umurmu meningkat
                Muncul remaja
                Hilang dewasa
                Yang penuh pancaroba
                Bagai sampah di lautan
                Berlabuh kesana kemari
                Semoga dirimu waspada
                Tiada kalah pujuk rayuan
Hari ini
                Ku ucapkan lagi
                Selamat hari jadi
                Khas untukmu
                Tiada hadiah ku beri
                Hanya secarik kertas
                Yang tak bermakna
                Boleh dibakar dan dikoyak
Hari ini
                Ku diperantauan
                Dirimu tiada ku lupakan
                Biarpun peluru bertaburan
                Gunung dan bukit ku rentangi
                Ibarat irama dan lagu
                Tiada dapat dipisah
                Namun terpisah
                Pabila sumbang
Hari ini
                Moga tiada perubahan
                Walaupun hari, bulan, tahun berganti
                Namun hari ini
                Tetap bermakna
Hari ini
                Ku mohon maaf
                Kata bicara tiada batas
                Terlajak perahu boleh diundur
                Terlajak kata maaf ku pinta
 
 
waktu ni ayah diperantauan, nama pon askar kan.. mak ngan ayah tengah menunggu masa untuk diijab kabulkan.. sangat sweet.. banyak lagi sajak yang ayah sha wat.. lain kali kite share lagi k.. kalau anda semua (chewahh) ada nak share pape, jangan malu jangan segan k.. share je la...


love u both!!! muahhhhhh~
sekian dr Sha...
assalamualaikum~~